Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8,500 keluarga dapat habuan barang dapur lebih sihat sempena Ramadan

HPB
Apr 24, 2022 | 05:30 AM



BARANGAN dapur lebih berkhasiat dan lebih menyihatkan.



Itulah yang dinikmati sekitar 700 keluarga berpendapatan rendah yang menerima pek habuan yang diagih hasil kerjasama Persatuan Muhammadiyah dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) semalam.



Sekitar 100 benefisiari berada di persatuan itu di 14 Jalan Selamat untuk menerima pek tersebut. Bakinya dihantar ke rumah penerima dengan bantuan 40 relawan Muhammadiyah.



Pek habuan itu disampaikan kepada penerima di Muhammadiyah semalam oleh Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Dalam ucapan di majlis penyampaian itu, Cik Rahayu berkata antara tujuan pemberian habuan menyihatkan itu ialah mengalak penerima mengamalkan tabiat hidup lebih sihat.



"Kita dapat menggunakan saluran ini untuk menggalak gaya hidup dan pemakanan lebih sihat.



"Justeru kami ingin mengagihkan barang-barang baik dan sihat agar dapat menggalak penerima terus mengamalkan tabiat lebih sihat," ujar beliau.



Pek berharga sekitar $6.65 setiap satu itu mengandungi barangan mempunyai kandungan bijirin lebih tinggi, seperti bijirin oat, bihun perang dan minuman kurang gula.



Ia juga mengandungi panduan pemakanan sihat dan panduan berhenti merokok.



Salah seorang penerima ialah Cik Fauziah Awie, 46 tahun, yang menghargai bantuan barangan lebih sihat itu.



"Alhamdulillah pek habuan yang diterima amat membantu kami sekeluarga kerana adalah penting untuk kami makan makanan lebih sihat.



"Bapa saya pun masih sakit dan baru keluar hospital akibat jangkitan paru-paru dan semput.



"Saya pula sedang pulih daripada penyakit batu karang dalam buah pinggang.



"Jadi kami semua harus makan makanan lebih berkhasiat, tidak boleh makan terlalu manis dan harus mula jaga pemakanan keluarga," ujar ibu empat anak itu, yang bekerja sebagai penghantaran makanan sambilan.



Ini kali kedua beliau menerima bantuan daripada Muhammadiyah.



Tahun ini, HPB bekerjasama dengan 42 rakan kongsi untuk membantu 8,500 keluarga berpendapatan rendah sempena kempennya menggalak gaya hidup lebih sihat.



Jumlah keluarga yang dibantu pada Ramadan ini 55 peratus lebih banyak daripada Ramadan tahun lalu.



"Lonjakan ini saya rasa menunjukkan (kejayaan) kerjasama kami sebagai satu masyarakat, bagaimana kita menggunakan tradisi sedia ada untuk menyuntik elemen kesihatan dan menggalak kehidupan lebih sihat," kata Cik Rahayu.



Pengagihan itu bermula 9 April dan akan diteruskan hingga akhir Ramadan.



Sejauh ini lebih 5,900 keluarga telah menerimanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >