Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL AM PELAJARAN (GCE) PERINGKAT ‘O’ 2022

86.2% pelajar lulus lima atau lebih mata pelajaran

Pencapaian lebih baik daripada 2021
gce
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 86.2 peratus pelajar mendapat sekurang-kurangnya lima kelulusan dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' 2022, lebih tinggi daripada pencapaian tahun sebelumnya, iaitu 85.6 peratus.



Daripada 23,684 calon yang menduduki peperiksaan itu, 20,406 mendapat lima atau lebih kelulusan, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Sebanyak 99.8 peratus, atau 23,625 calon, lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, sementara 96.6 peratus, atau 22,868 calon, lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran.



Calon yang menduduki peperiksaan itu menerima keputusan mereka semalam.



Calon yang ingin memohon memasuki maktab rendah (JC), Institut Millennia (MI), politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukannya melalui Latihan Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' mereka.



Tempoh pendaftaran JAE bermula semalam dan akan berlangsung hingga 4 petang, 17 Januari.



Menurut MOE dan SEAB, pelajar yang layak menerima Borang A semalam apabila mereka mengambil keputusan mereka secara bersemuka.



Calon yang tidak dapat mengambil Borang A mereka di sekolah atau melantik seseorang untuk melakukannya bagi pihak mereka selewat-lewatnya pada 16 Januari boleh menghubungi sekolah mereka untuk mendapatkan bantuan.



Calon privet yang layak bagi JAE akan menerima Borang A mereka melalui pos yang dihantar ke alamat yang telah mereka berikan kepada SEAB.



Sebagai alternatif, semua calon yang layak bagi JAE boleh memuat turun salinan Borang A daripada Sistem Internet-Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE-IS) menggunakan Singpass semasa tempoh pendaftaran.



JAE-IS boleh diakses dari 3 petang semalam hingga 4 petang pada 17 Januari, bagi pelajar mengemukakan pilihan kursus mereka melalui laman web JAE di www.moe.gov.sg/jae.



Pelajar ingin mendapatkan bimbingan tentang pilihan pendidikan mereka boleh menghubungi guru mereka atau kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) yang menyokong sekolah mereka.



Pelajar juga boleh merujuk kepada laman web CourseFinder MOE (https://www.moe.gov.sg/coursefinder) dan laman MySkillsFuture (https://go.gov.sg/mysfsec) untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai pilihan pendidikan dan laluan kerjaya tersedia untuk mereka.



Pusat ECG MOE akan menawarkan kaunseling dalam talian atau telefon dari 5 hingga 21 Januari, 9 pagi hingga 5 petang (9 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >