Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 dalam 10 warga S’pura anggap penting tegakkan kerjasama tiga pihak

Aug 26, 2023 | 08:07 PM



Sebahagian besar rakyat Singapura komited memastikan Singapura terus memiliki kelebihan daya saing dalam ekonomi dan mereka percaya bahawa kerjasama unik antara pemerintah, kesatuan dan majikan negara ini adalah penting untuk mencapai matlamat itu, menurut hasil dapatan satu tinjauan yang dijalankan Forum Dasar Parti Tindakan Rakyat (PPF).

Tinjauan tersebut menunjukkan lebih 90 peratus responden amat bersetuju bahawa Singapura harus terus meningkatkan produktiviti dan mempertingkat daya saingnya.

Sementara itu, lebih 90 peratus juga berpendapat bahawa adalah amat penting bagi majikan dan kesatuan menegakkan nilai-nilai kerjasama tiga pihak, iaitu kerjasama antara pemerintah, kesatuan dan majikan.

Dapatan tinjauan itu dikongsi Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa satu sesi dialog PPF mengenai “Kerjasama Tiga Pihak: Masa Lalu, Masa Kini, Masa Depan” yang diadakan di YWCA Fort Canning pada Sabtu.

Sesi tersebut adalah yang pertama dalam siri tiga sesi yang dianjurkan PPF sempena meraikan ulang tahun ke-100 Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Tinjauan tersebut, yang dijalankan secara dalam talian dari 28 Julai hingga 6 Ogos 2023, menerima sekitar 1,500 respons yang sah.

Responden antara lain ditanyakan lapan soalan berdasarkan ucapan yang disampaikan mendiang Encik Lee dari 1955 hingga 2012, tertumpu pada tema yang disentuhnya semasa berucap kepada pekerja dan majikan, termasuk produktiviti, daya saing dan kerjasama tiga pihak.

Antaranya, apabila ditanya berapa yakinkah mereka bahawa majikan dan kesatuan di Singapura menegakkan semangat kerjasama tiga pihak, sekitar 49 peratus responden berkata “amat yakin”, manakala 38 peratus “yakin secara sederhana”; dan 13 peratus “sedikit/tidak yakin langsung”.

Cik Teo berkata model unik kerjasama tiga pihak Singapura telah membantu jutaan pekerja berkembang maju sedang Singapura membangun daripada sebuah negara dunia ketiga hingga menjadi negara dunia pertama.

“Menariknya, mereka yang tamat pendidikan sehingga posmenengah (Peringkat O/ N/ A/ Maktab Rendah (JC)/ Institut Pendidikan Teknikal (ITE)), menyatakan keyakinan lebih besar terhadap kesatuan, majikan dan pemerintah untuk bekerjasama demi kemajuan Singapura, berbanding mereka yang tamat pengajian di peringkat tinggi (Politeknik/ Universiti).

“Mungkinkah satu sebab kerana mereka mempunyai lebih banyak tempat mendekati NTUC, dan oleh itu melihat kesannya? Apakah yang boleh dikatakan kepada kita tentang cabaran pendekatan?” tanya Cik Teo, yang merupakan penasihat PPF.

Apabila ditanya berapa yakinkah mereka hari ini bahawa Singapura boleh terus meningkatkan produktiviti dan mempertingkat daya saing, sekitar 60 peratus responden menjawab “amat yakin”; 31 peratus “yakin secara sederhana”; dan 9 peratus “sedikit/tidak yakin langsung”.

Menyentuh tentang ucapan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Rapat Hari Pekerja 2023 bahawa Singapura kini menghadapi pelbagai cabaran global, Cik Teo berkata ini bermakna negara ini perlu bekerja lebih keras dan lebih produktif serta berdaya saing untuk mengekalkan kelebihannya.

Di akhir sesi dialog itu, Cik Teo turut melancarkan buku elektronik ‘Lee Kuan Yew and the Labour Unions Inspirational Quotes from 100 Speeches, Interviews and Dialogues’ – sebuah koleksi 100 ucapan oleh mendiang Encik Lee yang berkongsi idea dan nilai-nilai beliau berkaitan ekonomi dan pekerja. – IRMA KAMARUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >