Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 lelaki bantu sisatan berikutan kes rusuhan di dormitori

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



SEMBILAN lelaki yang berusia dalam lingkungan usia 24 dengan 54 tahun sedang membantu dalam siasatan kes rusuhan di dormitori migran di Tanah Merah Coast Road Selasa lalu.



Menurut kenyataan polis, pergaduhan itu berlaku sekitar 10.38 malam.



"Setibanya polis (di tempat kejadian), pergaduhan tersebut sudah berakhir," tambah polis lagi.



Pihak polis telah mengenal pasti identiti mereka yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut menerusi siasatan susulan yang dijalankan, dengan bantuan gambar-gambar yang diambil daripada rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV).



Siasatan masih dijalankan.



Satu rakaman video yang menunjukkan pergaduhan tersebut, tersebar dengan meluas di platform-platform mesej seperti WhatsApp.



Ia memaparkan beberapa lelaki bergaduh dan mengherdik antara satu sama lain di tangga dormitori tersebut.



Sebilangan mereka dilihat tidak berpakaian kemeja.



Masih tidak jelas punca pertikaian tersebut berlaku.



Dalam video tersebut lapan lelaki dilihat menumbuk satu sama lain di tangga di antara tingkat bawah dan tingkat dua.



Tidak lama kemudian, salah seorang lelaki itu ditahan dengan kepalanya ditolak ke bawah ketika tiga lelaki bergilir-gilir memukulnya dengan tangan mereka.



Pada satu ketika, sedang lelaki yang berpakaian kemeja-T warna kuning berlari melulu dari tangga tersebut, dan dia dilihat ditendang di dadanya oleh seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam.



Beberapa lelaki kemudian lari melalui sebuah pintu. Ia tidak jelas apa yang berlaku kepada mereka selepas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >