Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

950,000 isi rumah terima rebat $135 juta

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 950,000 isi rumah HDB akan menerima $135 juta dalam bentuk rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) mulai bulan lalu hingga Mac tahun depan.



Ini merupakan sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga bernilai $900 juta yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini, untuk memberi bantuan tambahan kepada keluarga semasa tempoh tidak menentu ini, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam.



Pakej Bantuan Keluarga itu bertujuan membantu keluarga dalam perbelanjaan rumah mereka, dengan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima lebih banyak bantuan.



Isi rumah warga Singapura yang layak boleh menerima antara satu setengah hingga tiga setengah bulan dalam bentuk rebat S&CC untuk tahun fiskal ini, bergantung kepada jenis flat mereka.



Mereka akan menerima surat sebelum 1 April, dan akan menerima rebat tersebut secara automatik pada April, Julai dan Oktober 2021 dan pada Januari 2022.



Rebat ini akan disalurkan langsung kepada akaun S&CC yang diuruskan oleh majlis bandaran masing-masing.



Isi rumah tidak perlu berbuat apa-apa untuk meraih manfaat dari rebat ini.



Melalui satu pos di Facebook semalam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata Covid-19 telah menjejas ramai warga Singapura.



"Semasa Belanjawan tahun ini, saya mengumumkan bahawa kita boleh terus berikan sokongan yang tertumpu kepada keluarga melalui Pakej Bantuan Keluarga," katanya.



"Apabila saya membuat kunjungan rumah ke rumah, penduduk berkongsi dengan saya bahawa inisiatif berbeza dalam Pakej Bantuan Keluarga akan membantu mereka dalam tempoh sukar ini.



"Dengan membantu semua keluarga menghadapi krisis ini, kita boleh bangkit lebih kukuh dari Covid-19."



Warga juga boleh melihat sama ada mereka layak menerima rebat S&CC dalam talian melalui laman My HDBPage.



Mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan bayaran S&CC atau status akaun boleh menghubungi majlis bandaran masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >