Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara Bulan Bahasa di Keat Hong CC berlangsung meriah

Oct 09, 2023 | 08:04 PM



Persembahan teater muzikal mengenai warisan Melayu melibatkan pelakon berbilang kaum adalah antara acara yang menyerlahkan sambutan Bulan Bahasa di Kelab Masyarakat (CC) Keat Hong pada Ahad.

Bertajuk ‘Jalan. Jelajah. Jajah.’, ia berkisar tentang kisah Fazli, seorang watak anak Melayu muda, yang memulakan perjalanan yang mendalam dalam usahanya mencari jati dirinya dan rasa kekitaan dalam budayanya.

Penampilan pelakon berbilang kaum daripada masyarakat Keat Hong itu mencerminkan komitmen Bulan Bahasa terhadap keterangkuman dan pemahaman antara budaya, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan penganjur, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Keat Hong CC.


Di samping itu, buat pertama kalinya, pertandingan ‘Pesta Pantun 2023’ diadakan, hasil kerjasama Keat Hong CC MAEC dengan stesen radio Melayu Mediacorp Warna 942.

Mereka juga dihiburkan dengan pelbagai program dan aktiviti berkaitan budaya Melayu yang menarik, termasuk pameran fesyen masyarakat dan bengkel pelekat digital, yang mengajar peserta mengenai cara kreatif dan efektif untuk membuat pelekat digital.

Kira-kira 5,000 orang menghadiri acara anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Keat Hong CC.

Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Chua Chu Kang (Keat Hong) dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, turut hadir di acara itu.

“Selaras dengan tema Bulan Bahasa tahun ini, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita,’ acara ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat anak muda, meningkatkan kasih sayang terhadap bahasa Melayu, memperkuatkan jati diri mereka, dan membantu mereka memahami cara menggunakan bahasa Melayu dalam aktiviti harian,” kata Encik Zhulkarnain.

Orang ramai juga dapat menikmati pelbagai persembahan seni budaya Melayu untuk menonjolkan keunikan budaya Melayu dan menegaskan bahawa budaya itu masih relevan. Ia merangkumi persembahan tarian Melayu oleh Perkumpulan Seni, dikir barat oleh Semangat Keris, silat oleh Seligi Tunggal Keat Hong, dan juga, persembahan muzik oleh Qis Maraj, El Bonekas serta Kugiran Masdo.

“Sepanjang dekad yang lalu, kami telah merancang pelbagai aktiviti dan inisiatif dengan penuh semangat untuk memenuhi keperluan penduduk dari semua peringkat umur, dengan tujuan untuk menyemai penghargaan yang mendalam terhadap bahasa dan budaya Melayu kita. Harapan kami adalah, masyarakat bukan sahaja mencipta kenangan yang berharga, tetapi juga hubungan yang berkekalan dengan kekayaan budaya dan bahasa Melayu,” tambah Pengerusi Keat Hong CC MAEC, Encik Imran Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >