Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara bunga manggar kumpul dana bantu bekas pesalah

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



MEMBUAT bunga manggar sambil membantu menyokong bekas pesalah atau mereka yang masih di penjara serta keluarga mereka.



Itulah antara acara "Warna Keharmonian" yang dijalankan Jawantakuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) serta 16 pertubuhan lain bagi mengumpulkan dana untuk satu inisiatif bagi membantu program di bawah Persatuan Antinarkotik Singapura (Sana).



Ia melibatkan 150 peserta berbilang bangsa yang telah bekerjasama untuk membuat 1,000 lidi bunga manggar mesra alam pada akhir tahun lalu yang juga digunakan untuk acara #MesraChingay2021.



Setiap bunga manggar berharga $500 dan PA Mesra telah mengumpulkan sebanyak $5,000 pada Mac dan April lalu.



Antara yang telah menderma kepada dana itu adalah Angkatan Karyawan Islam (AMP).



Cek berjumlah $5,000 telah diberikan kepada Pengarah Eksekutif Sana, Encik Abdul Karim Shahul Hameed, oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.



Orang awam boleh melihat 10 bunga manggar yang dibuat itu yang mencerminkan semangat gotong-royong masyarakat Melayu dan pemeliharaan budaya Melayu di WGS.



"Inisiatif ini adalah peluang untuk masyarakat menyumbang dari segi sokongan dan pembangunan bagi bekas pesalah atau yang masih di penjara, serta keluarga mereka.



"Ini menunjukkan bahawa masyarakat kami inklusif dan juga mementingkan kemaslahatan sesama insan di Singapura," kata Dr Faishal.



Menurut Encik Abdul Karim, bantuan itu penting kerana pandemik Covid-19 telah meningkatkan cabaran yang dihadapi bekas pesalah serta keluarga, dari segi pekerjaan dan perbelanjaan mereka.



Antara 16 pertubuhan yang terlibat, lapan turut hadir dalam acara semalam.



Cik Saimah Basir, 61 tahun, adalah ahli relawan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dari Kelab Masyarakat (CC) Toa Payoh East yang terlibat dalam pembuatan salah satu bungga manggar.



"Bunga manggar dari kelab masyarakat kami unik kerana diperbuat daripada penyedut air. Kami telah mengumpulkan sekitar 500 penyedut air untuk dijadikan bunga manggar.



"Saya bangga bahawa usaha kami sebagai relawan ini dapat juga menyumbang untuk membantu golongan yang lebih perlukan. Ini adalah peluang yang sangat baik bagi kami," ujar beliau yang telah 15 tahun berkecimpung dalam MAEC CC tersebut.



Mengulas lebih lanjut mengenai insiatif tersebut, Dr Faishal berkata:



"Usaha ini bermakna kerana ia diadakan di Wisma Geylang Serai, iaitu nadi masyarakat Melayu dari segi bahasa, budaya dan kesusasteraan.



"Dengan adanya sokongan masyarakat, ia meningkatkan tahap kestabilan bekas pesalah dan keluarga. Mereka tahu mereka tidak keseorangan dan bahawa masyarakat menerima mereka dan ia memberikan ketenangan kepada pemikiran mereka," katanya.



Orang ramai boleh melihat 10 bunga manggar itu di WGS hingga 17 September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >