Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara Mice terbesar sejak pandemik dianjur di MBS

Restoran Asia dijangka menarik 1,000 pengunjung sehari
Nov 19, 2021 | 05:30 AM



PEMULIHAN ekonomi Singapura nampaknya melangkah setapak lagi dengan penganjuran acara, Restoran Asia 2021 iaitu acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) terbesar diadakan sejak sekatan Covid-19 dilonggarkan, semalam.



Acara dagangan dan simposium makanan dan minuman (F&B) selama tiga hari di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands itu dijangka menarik 1,000 pengunjung sehari.



Ia menyertai dua acara lain - Sidang Asia Institut Milken dan Forum Ekonomi Baru Bloomberg - antara acara perintis dalam satu skim yang membenarkan perhimpunan perniagaan besar dengan peserta divaksin sepenuhnya.



Bercakap di acara Restoran Asia semalam, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata terdapat keperluan mendesak untuk syarikat F&B menjalani transformasi menerusi pendigitalan dan inovasi.



Ini pada masa yang sama dengan terus melabur dalam modal insan dan mereka semula pekerjaan untuk menjadikan ia lebih menarik sedang pandemik mempercepatkan perubahan pada model perniagaan dan sikap pengguna, menurut beliau.



"Pandemik telah mempercepatkan peralihan banyak syarikat F&B ke dalam penghantaran makanan dalam talian dan pemasaran digital untuk mendekati lebih ramai pelanggan dan mengekalkan perniagaan mereka."



Memandang ke depan, syarikat perlu membangunkan lagi strategi dalam talian ke luar talian dan keupayaan untuk mendekati pelanggan dengan lebih berkesan di dalam dan luar talian, tambah Encik Gan.



Dalam acara itu, Encik Gan turut mengumumkan pelancaran buku panduan untuk usahawan, oleh Persatuan Restoran Singapura (RAS) dan Enterprise Singapore.



Ia mempunyai ciri penting bagi kejayaan jangka panjang, panduan mengenai kejuruteraan menu dan pengurusan kewangan serta nasihat daripada pengendali berpengalaman.



"Setiap tahun, kami melihat satu dalam lima perniagaan F&B bertukar dan satu dalam dua perniagaan F&B tidak melebihi empat tahun, walaupun lebih banyak memasuki sektor itu," katanya sambil menarik perhatian sektor F&B adalah satu industri yang mencabar.



"Jadi penting untuk usahawan baru merancang dengan berhati-hati sebelum memulakan perjalanan F&B mereka," tambah beliau.



Salinan buku panduan itu boleh dimuat turun dari laman web RAS dan Enterprise Singapore.



Sementara itu, Presiden RAS, Encik Andrew Kwan, menggesa agar jumlah mereka yang boleh makan di luar dinaikkan kepada lapan orang demi membantu industri itu kembali pulih.



Dalam ucapannya, beliau berkata mungkin ini adalah masa bertepatan untuk mempercepatkan rentak pemulihan dengan membenarkan lapan orang makan bagi semua yang divaksin dan dikecualikan kerana masalah perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >