Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ACS (Rendah) pindah ke Tengah, terima murid perempuan

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



SEKOLAH Anglo-Chinese (Rendah), atau ACS (Rendah) akan berpindah dari kampusnya di Barker Road ke kawasan perumahan Tengah menjelang 2030, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pagi semalam.



Penempatan semula sekolah itu adalah sebahagian daripada usaha sekolah tersebut membolehkan lebih ramai lagi kanak-kanak berpeluang memasuki sekolah itu.



Pihak MOE menambah bahawa sekolah yang kini hanya menerima murid lelaki itu juga akan menerima murid perempuan buat pertama kali apabila ia membuka pintunya di Tengah pada 2030.



MOE telah membuat pengumuman sedemikian semalam bersama rancangan pembukaan dan penempatan semula enam sekolah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari 2026.



MOE menyatakan bahawa mereka sedar penempatan semula ACS (Rendah) itu adalah satu langkah yang penting dan telah memulakan perbincangan dengan pihak ACS sejak awal 2022.



Ini berikutan perubahan kepada pendaftaran darjah satu pada 2022 untuk memperuntukkan lebih banyak tempat kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kaitan dengan sekolah itu.



ACS (Rendah) akan mula beroperasi pada 2030 dengan kohort murid darjah satu yang baru sahaja.



Ia juga akan mempunyai kapasiti lebih besar dan boleh menerima sebanyak 11 kelas darjah satu, naik daripada lapan kelas yang biasanya diambil sekarang.



Menurut MOE, untuk mengurangkan sebarang gangguan, murid-murid yang sedia ada di kampus Barker Road tidak akan terjejas.



Murid-murid itu akan kekal di kampusnya sehingga tamat pengajian darjah enam.



Kedua-dua kampus yang terletak di Barker Road dan di Tengah itu akan beroperasi serentak menjelang 2030.



Kampus yang berada di Barker Road akan terus menerima hanya adik-beradik lelaki bagi murid-murid yang masih bersekolah di kampus itu untuk kohort Darjah 1 dari 2030, bagi kemudahan keluarga murid-murid yang sedia ada.



Pada masa yang sama, kedua-dua adik-beradik lelaki dan perempuan murid-murid ACS (Rendah) yang sedia ada akan layak mendaftarkan diri untuk Fasa 1 bagi Darjah 1 di kampus baru yang terletak di Tengah.



Pelan selanjutnya ialah bagi kampus ACS (Rendah) di Barker Road itu disatukan dengan ACS (Junior), yang juga terletak di Newton pada 2039.



Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi Lembaga Gabenor ACS, Encik Richard Seow, berkata:



"Dengan perubahan yang diumumkan MOE semalam, kami sedang mengukuhkan komitmen sekolah untuk berkhidmat kepada mereka yang paling memerlukan dan ini adalah yang terbaik dilakukan dengan meningkatkan kepelbagaian asas pelajar kami.



"Ini mencapai tawaran pendidikan yang lebih inklusif sebagai salah sebuah sekolah Singapura."



Pihak MOE turut mengumumkan penempatan semula Sekolah Rendah Bukit View dari kampusnya di Bukit Batok East ke Bukit Batok West.



Sekolah itu akan teruskan pendaftaran masuk murid darjah satu setiap tahun dan akan berpindah ke kampus barunya pada 2027.



Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, satu lagi sekolah rendah akan dibina di Tengah pada 2028.



Ini membuat jumlah sekolah rendah di Tengah kepada tiga, pada 2030 dengan Sekolah Rendah Pioneer yang telah diumumkan sebelum ini akan ditempatkan semula di Tengah pada 2026.



Satu sekolah menengah juga akan dibina di Sengkang pada 2026 dan proses pembinaan dijangkakan bermula pada tahun hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >