Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ada perbezaan calon ‘didukung pemerintah’ dan calon bebas: Ng Kok Song

Aug 13, 2023 | 07:38 PM



Terdapat perbezaan terhadap layanan yang diberikan oleh organisasi kepada calon yang ‘didukung’ pemerintah dan calon bebas, kata mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song.

Khususnya, beliau berkata layanan lebih baik diterima calon yang didukung pemerintah berbanding calon bebas.

Encik Ng, yang ingin bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang, berkata demikian kepada wartawan semasa mengunjungi Pusat Makan Seah Im di Harbourfront pada Ahad.

Encik Ng, 75 tahun, bertemu para penjaja dan pengunjung yang menjamu selera di pusat makan itu bersama tunangnya, Cik Sybil Lau.

“Terdapat satu perbezaan dan perbezaan itu adalah organisasi yang saya hampiri untuk membuat kunjungan, ada yang menolak saya.

“Organisasi lain pula mengalu-alukan kehadiran saya tetapi mereka cuba kekal neutral… (jadi) ada perbezaan pada layanan antara calon yang didukung pemerintah dan (bakal calon) seperti saya, yang bukanlah calon didukung pemerintah.”

Hal sedemikian merupakan realiti kerana organisasi bisnes, malah organisasi sivik “tidak ingin menyinggung pemerintah”, tambah beliau.

Menurut beliau, calon yang didukung pemerintah menerima layanan ‘VIP’ daripada badan-badan organisasi berbanding calon bebas yang menerima layanan ‘NIP’, yang ditakrifkannya sebagai orang tidak penting (Not Important).


Mujur pertemuan-pertemuan bersama pengunjung atau peniaga gerai di pusat penjaja dan pasar-pasar misalnya mengimbangi layanan yang diterima kerana beliau berbesar hati dengan sambutan yang diterimanya sejauh ini daripada “orang-orang biasa”.

Di samping itu, beliau merancang untuk menggunakan wadah teknologi bagi mendekati khalayak ramai berbanding mengadakan rapat secara fizikal.

Ini berikutan pengumuman Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Sabtu yang menggariskan dan menggalakkan calon-calon menggunakan wadah massa bagi menjangkau orang ramai seperti media sosial.

ELD menambah tiada tapak bagi mengadakan rapat telah dikhususkan sekiranya pilihan raya presiden berlangsung.

Encik Ng berkata: “Dengan (peredaran) teknologi masa kini, kami boleh memanfaatkan teknologi jadi saya ingin lihat di sebalik ruang terbuka untuk adakan rapat fizikal, sama ada kami boleh adakan rapat secara dalam talian, di mana kami masih boleh berkomunikasi dengan orang awam.”

Dalam satu pertemuan pada sebelah petang Ahad bersama Persatuan Suku Huang di Lorong 35 Geylang pula, Encik Ng berkata jika beliau layak menjadi calon, ia menyempurnakan matlamat pertama kempennya.

“Seperti yang saya telah terangkan sejak mula, kebimbangan utama saya adalah kita harus ada pilihan raya kerana ini adalah berkenaan pejabat presiden yang dipilih.

“Saya sudah cukup gembira (kerana) sekiranya saya disahkan layak bertanding, akan ada pilihan raya jadi saya sudah sempurnakan matlamat pertama kempen saya, iaitu memberi rakyat Singapura peluang untuk melaksanakan hak bagi memilih presiden,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi yang mahu bertanding dalam pilihan raya presiden, Encik George Goh, turut mengadakan pertemuan bersama penduduk pada Ahad.

Menerusi catatan Facebook beliau, Encik Goh menjamu makan tengah hari di Pusat Makan dan Pasar Eunos Crescent sambil bertemu pengunjung dan pegerai di sana.

Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Presiden 2023 dijadual pada 22 Ogos dan rakyat akan keluar mengundi pada 1 September, jika lebih daripada seorang calon layak bertanding.

Rakyat Singapura akan mengetahui jika mereka akan mengundi atau jika seorang calon menang tanpa bertanding pada Hari Penamaan Calon.

Sekiranya hanya seorang calon yang layak, calon tersebut akan diisytihar sebagai Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >