Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan baik antara presiden dan pemerintah penting: Tharman

Aug 12, 2023 | 07:14 PM



Calon yang terpilih menjadi presiden perlu mampu bekerjasama dan menjalin hubungan saling percaya dengan pemerintah – tidak kira siapa yang berkuasa pada masa itu – supaya dapat mendalami dan memahami setiap langkah yang diambil serta cabaran yang dihadapi.

Ini penting terutama sekali dalam peranan presiden melindungi rizab negara, kata mantan menteri kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, semasa dialog bersama sekitar 120 anggota kumpulan Teochew Poit Ip Huay Kuan pada Sabtu.

Encik Tharman, yang telah melancarkan usaha untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, berkata demikian dalam memberikan respons mengenai soalan yang menyentuh tentang peranan presiden dalam memelihara rizab negara.

Menurut Encik Tharman, tanggungjawab melindungi rizab negara lebih sukar berbanding yang dijangkakan ramai kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang krisis yang sedang dihadapi serta cara terbaik menghadapinya.

“Ia amat kompleks, dan memerlukan gabungan penilaian bebas oleh presiden, pengetahuan dan kepakaran mengenai isu yang dihadapi.

“Ini merangkumi pengetahuan tentang situasi global serta pemahaman tentang cabaran ekonomi masa depan serta kesan terhadap warga,” ujarnya.

Beliau menukil contoh beberapa kejadian yang telah mendorong presiden membuat keputusan membenarkan penggunaan rizab negara, termasuk semasa krisis kewangan global pada 2008 serta semasa tempoh pandemik Covid-19.

“Persoalan ini (tentang penggunaan rizab negara) akan timbul, dan presiden perlu berupaya memberikan respons dengan yakin. Bukan hanya membaca kenyataan yang diberikan oleh penasihat kewangan,” katanya.

Encik Tharman menambah pengalaman sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini melengkapkannya dengan pengetahuan dalam membuat penilaian tersebut.

Selaras dengan itu, hubungan baik yang terjalin dengan presiden dan pemerintah diperlukan supaya beliau dapat memahami cabaran yang dihadapi.

“Bersikap dan berfikiran bebas (dari pengaruh politik) bukan bermakna (presiden) tidak boleh berinteraksi dengan pemerintah, malah beliau seharusnya berbincang dengan perdana menteri, untuk memahami apa yang pemerintah lakukan serta cabaran yang dihadapi,” ujarnya.

Hubungan baik ini juga penting supaya orang luar tidak melihat wujudnya konflik dalaman antara presiden dan pemerintah, menyebabkan orang luar “tidak pandang” presiden setiap kali beliau membuat kunjungan atau apabila beliau berada di pentas antarabangsa, kata Encik Tharman.

“Ini kerana mungkin mereka lihat presiden itu sebagai tidak mewakili Singapura yang bersatu.

“Justeru, dari segi peranan presiden di peringkat antarabangsa juga, ia memerlukan kepercayaan yang seimbang antara presiden dan pemerintah masa itu,” katanya.

Beberapa topik lain turut diketengahkan semasa dialog tersebut termasuk peranan Singapura dalam krisis Amerika-China serta persekitaran perniagaan negara.

Semasa bertemu media selepas dialog tersebut, Encik Tharman berkata beliau “kagum” dengan perbincangan yang berlangsung.

Katanya: “Saya kagum dengan tahap keprihatinan serta pemahaman peserta tentang persekitaran antarabangsa sekarang, serta peranan yang perlu dimainkan Singapura bagi memastikan keperluan kita terpelihara dan pada masa yang sama, perlu juga menyumbang di tahap antarabangsa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >