Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESAN COVID-19

Aduan isu jiran, 'ketidakselesaan sosial', konflik keluarga meningkat

Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim telah dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Julai lalu. Beliau juga mengambil alih tugas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, untuk memimpin Wisma Geylang Serai. Ikuti wawancara Berita Minggu mengenai tumpuannya dalam pelbagai jawatan tersebut.
Nov 22, 2020 | 05:30 AM



ADUAN berkaitan hubungan jiran di estet perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah meningkat, sedang lebih ramai yang bekerja di rumah kerana Covid-19, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Jika sebelum pandemik ini, beliau menerima satu hingga dua aduan penduduk tentang isu jiran tetangga setiap bulan di kawasan undinya di Nee Soon, beliau kini melihat tiga hingga empat kes sedemikian dalam sebulan.



"Bilangannya meningkat sewaktu CB (tempoh pemutus litar) dan Covid-19. Ramai yang kerja di rumah, jadi mereka pun sensitif dengan bunyi-bunyian dari atas atau bawah, yang mereka mungkin tak pernah dengar sebelum ini. Ada yang tak tahan kerenah anak jiran tetangga.



"Bukan senang nak selesaikan isu ini sebab ia libatkan manusia. Setiap manusia ada pelbagai keperluan, pelbagai jangkaan. Yang penting bagaimana kita boleh selesaikan isu ini dengan penuh kefahaman antara satu dengan lain," ujar Dr Faishal dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM).



Perangkaan di Parlimen baru-baru ini juga menunjukkan HDB telah menerima lebih banyak maklum balas tentang 'ketidakselesaan sosial', termasuk aduan tentang asap rokok, isu bunyi bising dan bau busuk.



Dari Januari hingga Mac lalu, HDB menerima sekitar 600 kes sedemikian setiap bulan, dan angka itu melonjak kepada 2,100 kes setiap bulan antara April dengan Julai.



Namun, sejak Ogos lalu, ia telah merosot kepada 1,500 setiap bulan, sedang lebih ramai kanak-kanak telah kembali ke sekolah dan pekerja kembali ke pejabat.



Selain hubungan antara jiran, Covid-19 turut memberi kesan kepada hubungan keluarga.



Satu lagi contoh kes yang timbul angkara Covid-19 ialah konflik dalam keluarga berbilang generasi yang duduk sebumbung, yang menyebabkan satu pihak, biasanya ibu bapa, yang meminta untuk berpindah ke flat baru.



Namun, bilangan kes seperti ini kekal rendah, ujar Dr Faishal.



"Kadang kala dalam satu keluarga ada salah faham lebih-lebih lagi dalam keluarga berbilang generasi (yang duduk serumah).



"Selalunya ibu bapalah yang minta untuk beli rumah baru," ujar Dr Faishal.



Beliau sendiri melihat sekitar satu hingga dua kes konflik isi rumah berbilang generasi dalam masa enam bulan.



Meskipun kebanyakan penduduk di Singapura menyesuaikan diri dengan situasi Covid-19, dengan ramai yang berasa aturan kerja di rumah ini telah memberi masa untuk mereka meluangkan masa dengan keluarga, Dr Faishal tidak menafikan ada juga yang menghadapi tekanan.



Aturan kerja di rumah juga mungkin menjejas keluarga yang tinggal di rumah lebih kecil, dengan ruang terbatas bagi anggotanya untuk bekerja atau belajar.



Dalam hal ini, kerjasama dengan pihak lain termasuk sekolah dan badan sosial adalah penting agar mereka boleh menyediakan ruang kepada individu yang memerlukannya, kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >