Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi Home Team guna teknologi tingkat keupayaan tangani pengganasan

Jul 25, 2023 | 05:30 AM



Agensi Home Team seperti Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) terus menggunakan teknologi bagi mempertingkat keupayaan masing-masing dalam memerangi pengganasan.

SPF pada 2023 melancarkan robot peronda di hab pengangkutan utama dan pertubuhan polis atau yang dilindungi polis.

Ini menyusuli penggunaan pesawat tanpa pemandu (UA), atau lebih dikenali sebagai dron, untuk mengukuhkan operasi polis dalam bahagian penguatkuasaan undang-undang, pengurusan orang ramai, keselamatan awam serta mencari dan menyelamat, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).

Sejak penubuhannya pada 2021, Pasukan Tindak Balas Udara SPF telah melakukan lebih daripada 60 operasi penerbangan.

SPF juga menjalankan lebih 90 latihan memerangi pengganasan dan tindak balas krisis lain dengan pelbagai pihak berkepentingan sejak Ogos 2022, bagi menunjukkan kesediaan operasinya menentang ancaman keganasan.

Latihan itu dilakukan bersama rakan kongsi daripada Kumpulan Pemerhati Keselamatan dan Keamanan serta pihak berkepentingan seperti Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

“Sedang ancaman keganasan terus berkembang, pemerintah memastikan kesiapsiagaan dengan terus mempertingkatkan keupayaan memerangi pengganasan kita,” kata ISD dalam Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2023 yang dikeluarkan pada Isnin.

Di sempadan pula, ICA terus berinovasi dan meningkatkan keupayaannya, kata ISD.

Pada 2023, ICA mengambil alih fungsi keselamatan perlindungan daripada SPF di pusat pemeriksaan darat.

“Peranan tambahan ini membolehkan ICA mencapai penyelarasan operasi yang lebih besar, serta perintah dan kawalan dalam kejadian keselamatan sempadan,” kata ISD.

Mulai 2024, ICA akan memperkenalkan Konsep Pelepasan Baru (NCC) untuk menjadikan pelepasan imigresen automatik sebagai perkara lazim di pusat pemeriksaan.

NCC untuk penumpang akan memanfaatkan maklumat awal yang diberikan oleh syarikat penerbangan, untuk ICA melakukan penilaian risiko sebelum ketibaan pengunjung, kata ISD.

Pengunjung yang menimbulkan risiko keselamatan akan dijejaki semasa pelepasan untuk penilaian selanjutnya.

Bagi NCC untuk kargo, ICA sedang menguji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan kelainan dalam imej imbasan kargo, bungkusan dan bagasi.

“Ini akan mengukuhkan keupayaan kami untuk mengesan ancaman yang mungkin berlaku dalam barangan sebelum ia memasuki Singapura,” kata ISD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >