Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi Khidmat Sosial akan raih manfaat dari rangka kerja baru

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



AGENSI Khidmat Sosial (SSA) di sini akan dapat meraih manfaat daripada satu rangka kerja baru yang akan membantu menilai tahap kesihatan pertubuhan itu melalui bahan penilaian dalam talian atau buku panduan yang akan menyarankan strategi untuk memudahkan usaha pembangunan keupayaan dan kapasiti mereka, umum Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Menerusi rangka kerja itu, SSA boleh melakukan penilaian sendiri untuk mengenal pasti kekuatan mereka dan bidang yang perlu dibangunkan dengan lebih sistematik dan komprehensif, selain pelan susulan untuk memperkukuh pertubuhan itu.



Ini termasuk daripada segi pelan transformasi yang merangkumi bidang seperti rangka kerja pembangunan kepimpinan, sistem digital, dan semakan berhubung budaya pertubuhan.



Rangka kerja Kesihatan Pertubuhan bagi Khidmat Sosial (OHFSS) itu telah dibangunkan bersama oleh Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Berucap semasa melancarkan rangka kerja itu dalam satu lawatan ke Pusat Epworth bagi Pemulihan Positif semalam, Encik Masagos berkata rangka kerja itu akan dapat memantau kesihatan pertubuhan selain membandingkannya di peringkat sektor.



"Bagi memenuhi keperluan rakyat Singapura dan keluarga dengan lebih baik lagi, kita perlu memperkukuh keupayaan sektor khidmat sosial kita," kata Encik Masagos.



OHFSS merupakan susulan kepada usaha berterusan NCSS di bawah inisiatif Perjalanan Pembangunan Pertubuhan (OD) untuk memperkukuh kesihatan pertubuhan agar SSA dapat terus menawarkan huraian berkualiti, inovatif dan mampan.



Dimulakan pada 2019, seramai 28 SSA telah mengambil bahagian dan ini termasuk Perkhidmatan Masyarakat Epworth, yang menyokong kanak-kanak dan belia kurang berkemampuan menerusi program yang berpusatkan keluarga.



SSA itu telah berjaya mengenal pasti jurang dalam pertubuhan selain membangunkan pelan dan matlamat bagi setiap jabatan agar sejajar dengan matlamat jangka panjang.



Pengarah Eksekutifnya, Encik Tan Khye Suan, berkata dengan adanya rangka kerja itu, agensi khidmat sosial dapat membincangkan pembangunan strategi antara kakitangan, pihak pengurusan dan individu berkepentingan lain.



"Ia membantu kami memberi tumpuan terhadap keupayaan yang perlu kita bangunkan dalam mencapai visi Pusat Pemulihan Positif baru," katanya.



SSA yang telah tamat menjalani penilaian sendiri secara dalam talian, juga boleh memanfaatkan Amanah Keupayaan Masyarakat (CCT) yang akan dibuka untuk permohonan pada bulan depan.



CCT merupakan dana khusus untuk membangunkan SSA lebih kukuh dengan mempertingkat keupayaan dan kapasiti bagi jangka masa panjang.



"Saya galak semua SSA untuk mendakapi dan memanfaatkan sepenuhnya OHFSS ini kerana ia bukan sahaja memperkukuh pertubuhan anda tetapi menjadikannya lebih baik



"Kami juga akan menyokong pelan transformasi anda dengan pendanaan menerusi CCT yang boleh anda mohon mulai bulan depan.



"Ini pastinya akan membolehkan anda menjangka dan memenuhi keperluan pengguna khidmat anda dengan lebih baik lagi," kata Encik Masagos.




"Saya galak semua SSA untuk mendakapi dan memanfaatkan sepenuhnya OHFSS ini kerana ia bukan sahaja memperkukuh pertubuhan anda tetapi menjadikannya lebih baik

Kami juga akan menyokong pelan transformasi anda dengan pendanaan menerusi CCT yang boleh anda mohon mulai bulan depan. Ini pastinya akan membolehkan anda menjangka dan memenuhi keperluan pengguna khidmat anda dengan lebih baik lagi.''

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >