Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASEAN 2021

Ahli sahkan komitmen perkukuh masyarakat, kedudukan teras dan perpaduan Asean

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



SIDANG Puncak Asean melabuhkan tirainya semalam dengan pemimpin negara anggota mengesahkan komitmen untuk terus memperkukuh masyarakat di rantau ini di samping kedudukan teras dan perpaduan Asean dalam menghadapi cabaran bersama.



Ini selain memajukan pemulihan menyeluruh blok itu daripada Covid-19 yang sudah hampir dua tahun melanda rantau ini.



Negara anggota bertekad untuk terus bekerjasama demi memastikan rantau itu terus makmur, di tengah-tengah penularan pendemik Covid-19 itu.



Pada sidang maya tiga hari dari Selasa lalu itu, Singapura mengumumkan sumbangan bekalan perubatan bernilai $7.9 juta kepada rizab serantau.



Sumbangan itu sebahagian usaha negara ini menyokong usaha Asean bersiap sedia menghadapi kecemasan kesihatan awam masa depan.



Singapura juga akan membantu dalam pengagihan lebih cepat dan saksama vaksin Covid-19 di rantau ini, dengan memperkukuh khidmat logistik rantaian sejuk selain meluaskan keupayaan pembuatan vaksin, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Selain itu, pemimpin Asean, dan negara rakan luarnya, menggesa tentera Myanmar bekerjasama "sepenuhnya dan segera" dengan utusan khas Asean sebagai sebahagian usaha menangani krisis berdarah berterusan di negara itu.



Sidang puncak itu tidak mempunyai wakil Myanmar, selepas ketua junta tenteranya tidak diundang ke sidang itu ekoran kegagalan pihaknya mengikuti syarat perjanjian damai serantau, dengan tenteranya pula enggan menghantar perwakilan lebih rendah.



Mengenai isu Myanmar, Encik Lee menarik perhatian tentang "kemajuan perlahan" dalam pelaksanaan perjanjian damai yang dipersetujui lebih awal oleh Asean.



Ini termasuk membenarkan utusan khas Asean akses kepada pihak berkepentingan di Myanmar untuk memudahkan pengantaraan.



Encik Lee berkata: "Ini telah memberi kesan kepada rakyat Myanmar dan juga kewibawaan Asean sebagai pertubuhan berasaskan undang-undang."



Pada sidang itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden - kali pertama dalam empat tahun Washington diwakili pemimpin tertingginya - turut menyokong usaha agar junta Myanmar dipertanggungjawabkan terhadap komitmennya memulihkan keamanan di negara itu.



Encik Biden juga menegaskan pihaknya berdiri bersama sekutu Asia Tenggaranya dalam mempertahankan kebebasan di lautan, demokrasi dan hak asasi manusia.



Turut diketengahkan dalam sidang puncak itu ialah hubungan dan persaingan antara dua kuasa besar - Amerika dan China - dengan Asean terus menghadapi cabaran sukar ekoran persaingan itu.



Sambil mengharapkan dua negara itu dapat meningkatkan hubungan dua hala, Asean akan terus kekal sebagai wadah yang memupuk kepercayaan dan kerjasama, termasuk dengan dua kuasa besar itu.



Singapura, seperti banyak negara lain di rantau ini, mahu hubungan baik dengan Amerika dan China.



"Kami tidak mahu melihat rantau ini menjadi medan persaingan dan konflik, dan kami juga tidak mahu dipaksa untuk berpihak.



"Pada masa sama, kami berharap kedua-duanya, Amerika dan China, akan memperdalam pelibatan substantif dengan negara di rantau ini atas kelebihan mereka sendiri, di luar lensa persaingan Amerika-China," kata Encik Lee.



Sementara itu, Australia, yang kali pertama menyertai sidang puncak Asean sebagai negara rakan kumpulan blok itu, mengumumkan akan menyumbang sekurang-kurangnya 10 juta lagi dos vaksin Covid-19, di samping menawarkan bantuan kewangan A$124 juta ($126 juta) kepada negara Asia Tenggara.



Semalam, turut diadakan dua sidang puncak berasingan Asean-India dan Asean-Russia yang dihadiri pemimpin kedua-dua negara rakan itu - Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



Semasa majlis penutupan sidang itu petang semalam, upacara penyerahan jawatan pengerusi Asean daripada Brunei kepada Kemboja turut diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >