Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ACARA 'SALAM SINGAPORE'

Akhbar BH dekati masyarakat

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 300 hadiah istimewa menanti anda di reruai Berita Harian (BH) sempena pesta Salam Singapore yang berlangsung hingga esok.



Dekati sahaja wartawan BH yang mengenakan baju biru 'Saya Wartawan Berita Harian' (gambar) di acara tersebut di Our Tampines Hub (OTH) untuk mengetahui maklumat lanjut.



Reruai BH terletak di Zon B, berdekatan Pentas Utama Festive Plaza OTH.



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan mengikuti laman Facebook Berita Harian Singapura dan akaun Instagram @beritahariansg.



Pengunjung pesta boleh mendapatkan cenderamata eksklusif akhbar ini. Bekalan terhad.



Di samping itu, sebagai sebahagian usaha BH menggalak pembaca menggunakan wadah digitalnya, percubaan percuma selama dua minggu akan diberi.



Namun, percubaan tersebut hanya akan diberi kepada mereka yang berjaya menyelesaikan kegiatan di reruai BH.



Misalnya, peserta dikehendaki memuatturunkan aplikasi BeritaHarian.sg ke telefon bijak masing-masing dan menjawab soalan mudah mengenai akhbar ini.



Pada masa sama, mereka yang melanggani BH semasa pesta Salam Singapore berpeluang antara lain menerima ketuhar gelombang mikro berjenama Panasonic, meja panggang jenama Philips atau alat pengecas telefon bijak (power bank) BH.



Pesta Salam Singapore, yang berlangsung selama tiga hari, diadakan sempena sambutan jubli emas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Acara diadakan bagi menghargai dan meraikan kerjasama antara Muis dengan masyarakat sepanjang 50 tahun.



Bermula semalam hingga esok, pesta festival tersebut dipenuhi pelbagai kegiatan buat segenap lapisan masyarakat.



Acara dibuka kepada orang ramai. Masuk percuma.



Acara sampingan seperti peraduan menulis lagu serta perkongsian cerita dan pengalaman akan diadakan.



Maklumat lanjut boleh didapatkan menerusi laman www.salamsingapore.sg.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut juga melalui akaun Instagram @salamsingapore atau tanda pagar #SalamSingapore.




CABARAN KUPON BERITA HARIAN 



Jika berjaya menyelesaikan kesemua cabaran kupon, peserta akan mendapat alusmitai (candy floss).



Bagi cabaran langkah premium, peserta akan mendapat premium 'Berita Harian' bagi setiap langkah yang dipenuhi.



1. Instagram



Ikuti @beritahariansg



Langkah Premium: Ambil swafoto bersama asatizah dalam acara dan muat naik ke akaun Instagram. Tag @beritahariansg pada gambar dan pos anda dan sertakan tanda pagar #swafotoBH



2. Aplikasi BH



Muat turun aplikasi



Berita Harian.sg ke dalam telefon bijak



3. Laman BH.sg



Jawab satu soalan dengan tepat



4. Facebook



'Like' dan ikuti akaun 'Berita Harian Singapura'



Langkah Premium:



Beri tanda 'Like' dan kongsi satu video yang melebihi 10,000 tontonan di Facebook 'Berita Harian Singapura'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >