Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhbar Tamil Murasu lancar aplikasi mudah alih percuma

Oct 30, 2023 | 12:53 AM



Pembaca akhbar Tamil Murasu (TM) kini boleh menantikan berita di hujung jari mereka bersandarkan aplikasi mudah alih percuma yang dilancarkan oleh TM, satu-satunya akhbar berbahasa Tamil di Singapura, pada Ahad.


Kini, aplikasi itu tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna. Ia dilancarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam pada acara yang dihadiri kira-kira 400 orang di Campbell Lane, di luar Pusat Warisan India di Little India.

Bercakap pada majlis itu, Encik Shanmugam menyifatkan TM sebagai nadi dan kebanggaan masyarakat Tamil Singapura.

Beliau juga menekankan peranan penting penerbitan itu semasa Covid-19 sebagai sumber berita yang boleh dipercayai, menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai dan tepat kepada semua segmen masyarakat India, termasuk pekerja asing.

“Tanpa mengelirukan pembaca atau membawa berita palsu, TM bekerjasama dengan pemerintah untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan kepada masyarakat India.

“Inisiatif seperti video berita seminitnya menjadikan berita boleh diakses oleh semua orang dengan memudahkan penghadaman pengumuman dasar yang rumit,” kata Encik Shanmugam.

Beliau menambah bahawa di tengah-tengah landskap berbilang etnik Singapura, TM telah memupuk identiti Tamil yang unik lagi berakar umbi dalam budaya dan warisan.

Aplikasi baharu TM menawarkan pembaca lebih kemudahan dan akses kepada maklumat, dan akan menyampaikan semua perkara yang berkaitan dengan bahasa Tamil kepada masyarakat.

Ketua Eksekutif SPH Media, Cik Teo Lay Lim, akur pada usaha Tamil Murasu melangkaui berita, dan menghubungkan masyarakat di Singapura.

Aplikasi itu “menandakan lembaran baharu untuk TM dan kami akan terus berusaha untuk membawa pengalaman terbaik kepada khalayak ramai”, katanya.

Editor TM, Encik Rajendran Jawharilal, berkata aplikasi itu akan membolehkan pembaca terus berhubung dengan kejadian terkini dalam masyarakat dan beliau menggalakkan golongan muda untuk memuatturunkannya.

Editor Berita TM, Encik Irshath Mohamed, berkata cukup bermakna apabila pencapaian terbaharu penerbitan itu iaitu pelancaran aplikasi ini diadakan di sekitar Little India, di mana ia kali pertama diterbitkan 88 tahun lalu pada 1935.

Akhbar TM yang ketika itu diketuai oleh mendiang Encik G. Sarangapany pada awal penubuhannya, adalah penting untuk pembangunan negara, tambahnya.

Acara pelancaran pada Ahad turut menampilkan aksi komposer dan penyanyi rap tempatan, Yung Raja dan kumpulan tradisional tempatan, Damaru Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >