Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KE-65 BERITA HARIAN

Akhbar teruskan transformasi sebagai wadah penting

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG 65 tahun lalu, Berita Harian (BH) giat berusaha menonjolkan pelbagai pencapaian dan kejayaan masyarakat Melayu/Islam setempat selain mengupas pelbagai isu dan cabaran penting yang dihadapi masyarakat dan mendekati pelbagai golongan masyarakat.



Sedang BH kekal memainkan peranan itu hari ini untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada masyarakat dengan melaporkan berita secara bertanggungjawab dan tepat, akhbar ini juga terus menjalani transformasi dan berubah mengikut masa agar sentiasa kekal relevan.



Ini termasuk dengan melabur dalam aset terpentingnya, iaitu wartawannya.



Malah menurut Editor Berita Harian/ Minggu, Encik Saat A. Rahman, usaha ini akan dijalankan dengan bijak dan berhati-hati agar nilai kewartawanan yang menjadi pegangan akhbar ini sepanjang 65 tahun lalu seperti kewibawaan, keadilan dan kecemerlangan akan terus dipegang teguh.



"Kami akan terus melabur untuk meningkatkan keupayaan wartawan kami dan menarik bakat baru dalam dunia kewartawanan.



"Pelaburan dalam bakat baru ini penting dan sejajar dengan landskap digital yang pesat berubah. Bilik berita perlu berubah mengikut peredaran masa dan cita rasa pembaca yang turut berubah," ujarnya.



Tambahnya, aset penting BH ini - yang merangkumi gabungan wartawan mapan dan muda - giat mendekati pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan asatizah, peniaga dari rumah, pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja gig untuk mengetengahkan suara, cabaran dan aspirasi mereka.



Dalam membuat liputan semasa, Encik Saat berkata BH telah bekerja rapat dengan badan Melayu/Islam seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) serta badan lain seperti Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), AMP Singapura, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Jamiyah dan Pertapis.



Akhbar ini juga menyokong usaha di bawah rangka kerja M3.



Di samping itu, BH juga memberi tumpuan kepada liputan perkembangan nasional, serantau dan global yang mempunyai kesan terhadap masyarakat setempat.



"Usaha ini akan terus menjadi tumpuan kami sedang kami melalui proses transformasi, lebih daripada sekadar akhbar cetak tetapi juga di ruang digital," ujarnya.



BH juga sedang mengusahakan untuk mengembangkan lagi liputan terutama perkembangan di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah.



Dalam mengucapkan tahniah kepada BH yang menyambut ulang tahunnya yang ke-65 tahun ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata akhbar ini telah membangun selaras dengan peredaran masa dan aspirasi yang berubah berdasarkan keperluan dan citarasa pembaca.



"Anda telah memperluaskan kandungan digital serta aktiviti masyarakat yang dianjurkan.



"Saya gembira kerana dengan melakukan demikian, BH berpegang kepada perspektif nasional serta objektif terasnya iaitu untuk memainkan peranan sebagai 'jambatan' bagi menerapkan pemahaman serta hubungan yang lebih baik antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu," kata Encik Lee.



Ketua Editor kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong, turut menarik perhatian peranan penting yang dimainkan BH untuk merakam dan menerangkan cabaran, pencapaian serta kemajuan masyarakat dan negara sepanjang lebih enam dekad lalu.



"Sementara BH kekal kukuh dalam masyarakat, ia juga perlu terus berkembang dan mengubah cara mereka menyusun diri, bekerja dan menyampaikan cerita, membangunkan bakat serta memanfaatkan teknologi untuk kekal relevan dengan perubahan pesat bukan sahaja dalam industri media tetapi dalam kalangan pembacanya juga," ujar Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >