Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akses lebih baik ke Hab Sukan S'pura bagi pelbagai kegiatan

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh menjangkakan akses lebih baik ke Hab Sukan Singapura bagi kegiatan riadah, sukan dan masyarakat tidak lama lagi selepas Majlis Sukan Singapura (SportSG) mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan sepenuhnya pada 9 Disember.



Malah, terdapat rancangan juga untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG), hari sukan sekolah serta persembahan Pesta Belia Singapura (SYF) di Hab Sukan, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



"Kami mahu menjadikan (Hab Sukan) sebuah ikon masyarakat yang dikenali warga Singapura serta menjadi sebahagian kegiatan sosial dan sukan mereka," ujar Encik Tong semasa menyampaikan satu Kenyataan Menteri di Parlimen semalam.



Menerusi kenyataannya itu, Encik Tong menjawab 25 pertanyaan lisan dan bertulis yang dikemukakan Anggota Parlimen (AP) bulan lalu tentang visi baru pemerintah bagi Hab Sukan.



Ini selepas pemerintah mengumumkan Jun lalu bahawa mereka akan mengambil alih pemilikan hab sukan, hiburan dan gaya hidup seluas 35 hektar di Kallang itu untuk merealisasikan potensi sepenuhnya bagi Singapura, sekali gus membatalkan perjanjian perkongsian awam-swastanya (PPP) 13 tahun lebih awal daripada tarikh tamat iaitu pada 2035.



Langkah ambil alih Hab Sukan boleh realisasikan potensi bagi S'pura



Encik Tong berkata pemerintah sedang merancang acara rumah terbuka secara kerap di Hab Sukan dan Stadium Negara, dengan kegiatan bagi segenap lapisan masyarakat.



Sebagai contoh, kanak-kanak yang menyertai Akademi Bola Sepak baru ActiveSG boleh menyertai pertandingan bola sepak hujung tahun di Stadium Negara sebagai sebahagian daripada projek nasional Unleash The Roar!, yang bertujuan meningkatkan tahap bola sepak Singapura.



Acara besar melibatkan ramai orang juga akan dianjurkan di ruang masyarakat di dan sekitar Hab Sukan termasuk di 100Plus Promenade, OCBC Square dan sepanjang kawasan persisiran.



Ini termasuk acara GetActive! Singapore, sebuah gerakan nasional untuk menyambut Hari Kebangsaan menerusi sukan.



Encik Tong berkata pemerintah akan memastikan acara masyarakat itu dimampui dan mudah diakses orang ramai selain memastikan seberapa banyak ruang masyarakat yang boleh dapat kekal terbuka dan percuma bagi orang ramai.



Tambahnya, rancangan akan datang bagi Hab Sukan akan melengkapi pembangunan akan datang untuk menyuntik nafas baru kepada kawasan Kallang Alive untuk menjadikannya sebuah kawasan sukan, hiburan dan gaya hidup yang bersemangat menjelang 2030.



Kawasan Kallang Alive itu merupakan sebuah kawasan seluas 89 hektar sepanjang Kallang River dan Kallang Basin dekat Hab Sukan.



Encik Tong berkata langkah pemerintah mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan akan membolehkan SportSG merealisasikan potensi Hab Sukan sepenuhnya bagi Singapura.



Tambahnya, pemerintah akan menyepadukan Hab Sukan lebih dekat dengan kemudahan akan datang di kawasan Kallang Alive itu.



Sebagai sebahagian daripada rancangan Kallang Alive itu, kemudahan sukan di sekitar Hab Sukan akan diperluas, dengan dibangunkan, dimiliki dan dikendali SportSG.



Ini termasuk Hab Bola Sepak Kallang, Pusat Tenis Kallang dan Hab Belia serta Teater Kallang yang akan dibangunkan semula.



Apabila siap nanti, Encik Tong berkata tawaran hiburan dan gaya hidup itu akan disepadukan dengan kegiatan Hab Sukan serta melengkapinya.



Dengan penyepaduan itu, beliau berkata pemerintah boleh antara lain menganjurkan acara sukan antarabangsa yang besar dengan yakin seperti pertandingan tenis antarabangsa ATP1000.



Beliau berkata acara sukan antarabangsa yang besar akan dilengkapi dengan program setempat, dengan memanfaatkan seluruh kawasan seluas 89 hektar di Kallang Alive.



"Kami akan mempunyai seluruh ekosistem sukan - dengan atlet profesional bertanding di arena, atlet muda berlatih di sisi pertandingan... dan orang awam menikmati permainan sosial," ujarnya.



Menggariskan hasrat pemerintah membina atas dasar prasarana Hab Sukan yang bertaraf dunia, Encik Tong berkata pemerintah mahu terus membawa masuk acara sukan dan hiburan utama sementara mencapai hasil sosial dan sukan yang lebih meluas dan baik bagi Singapura dan warga negara ini.



Untuk melakukan demikian, SportSG akan menubuhkan sebuah syarikat pemegangan untuk memiliki dan mengendali pelbagai aset di Kallang Alive.



Di bawah syarikat tersebut, syarikat subsidiarinya akan dibentuk khususnya untuk memiliki dan menguruskan Hab Sukan.



"Struktur ini akan membolehkan SportSG memberi tumpuan pada Hab Sukan dan pada masa yang sama turut memberi tumpuan pada seluruh kawasan Kallang Alive yang lebih meluas," ujarnya.



Encik Tong berkata sekumpulan pegawai daripada SportSG telah dikenal pasti untuk berkhidmat di syarikat pemegangan Hab Sukan itu dan menguruskannya secara sepenuh masa.




"Kami akan mempunyai seluruh ekosistem sukan - dengan atlet profesional bertanding di arena, atlet muda berlatih di sisi pertandingan... dan orang awam menikmati permainan sosial."



- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >