Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Akses lebih mudah bagi 3 kumpulan pengguna di semua stesen TEL

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



Tahap ketiga TEL mempunyai 13 stesen tetapi pihak berkuasa telah menyatakan bahawa dua daripadanya - Mount Pleasant dan Marina South - akan hanya dibuka kelak sebaik pembangunan perumahan selesai di kawasan itu.



Dua tahap pertama laluan itu dari Woodlands North hingga Caldecott, telahpun dibuka sepanjang dua tahun lalu.



Memberikan respons kepada AP yang inginkan perkembangan terkini mengenai laluan MRT itu, Encik Iswaran berkata Laluan Daerah Jurong (JRL) akan dibuka secara berperingkat mulai 2027, dan Laluan Rentas Pulau (CRL) mulai 2030.



JRL akan menghubungkan bandar seperti Chua Chu Kang, Tengah dan Jurong ke Universiti Teknologi Nanyang dan Daerah Inovasi Jurong di bahagian utara-barat Singapura.



CRL pula akan bermula dari Aviation Park di Changi ke Jurong.



Tahap satu CRL merangkumi 12 stesen dari Aviation Park hingga Bright Hill.



Selain itu, pada 2026, tiga stesen akan ditambah antara stesen MRT HarbourFront dengan Marina Bay, sekali gus mengakhiri Laluan Circle Line.



Di samping itu, perubahan itu juga akan dilakukan terhadap pengangkutan awam Singapura untuk menjadikannya lebih mudah diakses kepada tiga kumpulan pengguna.



Ini termasuk keluarga dengan anak kecil, mereka yang pekak atau mempunyai kesukaran mendengar dan mereka yang mengalami demensia.



Penambahbaikan itu bertujuan untuk mewujudkan pengalaman menaiki pengangkutan awam lebih inklusif, umum Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, di Parlimen semalam.



Dalam pada itu Bilik Penjagaan Bayi akan disediakan di stesen-stesen JRL dan CRL, serta pusat pertukaran bas baru bagi ibu bapa atau penjaga yang perlu bergerak dengan bayi dan kanak-kanak kecil.



Bilik-bilik ini akan menawarkan "ruang privet" bagi ibu yang menyusukan dan ibu bapa yang perlu menguruskan keperluan bayi mereka, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media.



Buat masa ini, kesemua pusat pertukaran TEL dan 60 peratus pusat pertukaran bas dilengkapi dengan Bilik Penjagaan Bayi.



Bagi pengguna yang pekak atau mempunyai kesukaran mendengar untuk berkomunikasi dengan pegawai pengangkutan awam, pusat khidmat penumpang di kesemua stesen MRT baru, bermula dengan TEL, akan dilengkapi dengan sistem peningkatan mendengar.



Sistem ini membolehkan bunyi dihantar kepada seseorang yang memakai alat bantuan mendengar tanpa gangguan bunyi bising latar belakang atau bunyi bergema, kata LTA.



Pusat khidmat penumpang di pusat pertukaran bas sedia ada yang sedang menjalani peningkatan, serta yang dibina bermula dari 2019, juga akan dilengkapi dengan sistem peningkatan mendengar.



LTA juga sedang bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam untuk menyenaraikan semua pusat pengangkutan awam sebagai "Dementia Go-To- Points", yang bertindak sebagai "pusat kembali yang selamat" bagi mereka yang mengalami demensia menjelang akhir 2022



Kakitangan pusat pengangkutan awam di tapak ini dilatih untuk menyatukan golongan sedemikian dengan penjaga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >