Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Aktivis didakwa adakan bantahan tanpa permit

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



AKTIVIS tempatan, Goh Keow Wah, atau lebih dikenali sebagai Gilbert Goh, didakwa di mahkamah daerah semalam dengan kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam.



Ini selepas dia didakwa mengadakan bantahan yang menyalahi undang-undang dekat bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Kallang Road pada 1 Mei lalu.



Warga Singapura itu dikatakan telah mengangkat sepanduk tertera ayat bermaksud 'Harap larang semua penerbangan dari India kami tidak rasis! Hanya berhati-hati'.



Polis dalam kenyataannya kelmarin berkata dia tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan awam.



Goh, yang berusia 60 tahun, telah memuat naik gambar dirinya sendiri dengan sepanduk itu di Facebook pada 1 Mei, seminggu selepas Singapura melarang semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang telah melawat India dalam tempoh 14 hari lalu daripada memasuki atau transit di Singapura.



Langkah itu diumumkan pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 menyusuli kenaikan dalam jumlah kes jangkitan di India.



Dia juga didakwa semalam kerana enggan menandatangani kenyataannya kepada polis di Ibu Pejabat Divisyen Polis Bedok pada sekitar 4 petang pada 11 Mei.



Butiran mengenai kenyataan itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Secara berasingan, polis dalam kenyataannya berkata dia telah membenarkan seorang warga asing menyertai sebuah acara yang dianjurkannya di Sudut Pidato pada 3 November 2019.



Ini melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dalam kelulusannya untuk penggunaan Sudut Pidato oleh Goh bagi acara itu, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >