Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis didakwa laku perhimpunan haram di pintu masuk Mahkamah Negara pada 2018

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



AKTIVIS, Jolovan Wham Kwok Han telah didakwa atas tuduhan perhimpunan haram di tangga ke pintu masuk utama bangunan Mahkamah Negara di Havelock Square sekitar 9 pagi pada 13 Disember 2018.



Hakim Daerah Eugene Teo mendapati warga Singapura berusia 42 tahun itu bersalah bagi kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam, berikutan satu perbicaraan.



Mahkamah Negara telah diperuntukkan sebagai Kawasan Terlarang di bawah akta itu, dengan protokol keselamatan lebih ketat dilaksanakan.



Pada 2018, Wham berada di sana untuk menghadiri satu perbicaraan mahkamah berhubung dengan kes fitnah jenayah yang melibatkan editor The Online Citizen (TOC), Xu Yuanchen, atau lebih dikenali sebagai Terry Xu, serta penyumbang TOC, Daniel De Costa Augustin.



Sebelum memasuki bangunan itu, Wham berdiri di tangga dan memegang sekeping kertas yang mengandungi kata-kata - "Gugurkan dakwaan terhadap Terry Xu dan Daniel De Costa".



Rakaman kamera televisyen litar tertutup yang ditunjukkan di mahkamah dalam prosiding sebelum ini, menunjukkan Wham memegang kertas itu selama 15 saat sebelum seorang wanita memetik gambarnya.



Dua pejalan kaki kelihatan sedang berjalan lalu Wham semasa beliau memegang kertas penunjuk itu, tetapi tiada orang yang berhenti untuk melihatnya.



Wham kemudian meletakkan kertas itu dalam begnya dan memasuki bangunan berkenaan.



Sejurus kemudian, dia memuat naik foto itu ke akaun media sosialnya.



Gambar itu kemudian dimuat naik semula di forum HardwareZone selepas waktu tengah hari oleh seorang netizen dan seorang anggota masyarakat telah membuat laporan polis mengenai pos forum itu, tanpa mendedahkan identitinya.



Semasa perbicaraan tahun lalu, Timbalan Pendakwaraya, Jane Lim, Niranjan Ranjakunalan dan Nikhil Coomaraswamy telah menyoal siasat tujuh saksi - termasuk tiga pegawai polis yang berkhidmat sebagai pegawai penyiasat (IO), dalam kes Wham pada masa-masa yang berbeza sejak 2018.



Para pegawai yang memberi keterangan berkata sebelum ini Wham pernah memohon untuk permit polis bagi perhimpunan seorang sahaja di luar bangunan Mahkamah Negara pada 9 malam pada 9 Disember 2018.



Namun, permohonan itu telah ditolak.



Wham tidak memohon untuk permit bagi mengadakan perhimpunan awam pada 13 Disember.



Semasa perbicaraan itu, pasukan pembelaannya berkata dia hanya bergaya untuk gambar dan bukan mengadakan bantahan atau perhimpunan awam di luar bangunan Mahkamah Negara pada hari tersebut.



Salah seorang peguam Wham, Encik Eugene Thuraisingam, telah berkata bahawa ini bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana ia bukan satu perhimpunan dan hanya satu sesi bergambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >