Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktiviti cuti sekolah istimewa bersama keluarga!

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



BINA KEYAKINAN DI TEMBOK MEMANJAT CHANGI TERMINAL 3



Satu lagi kemudahan panjat tembok dalam bangunan telah dilancarkan, kali ini di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.



Sukan itu kian popular dalam beberapa tahun ini dengan tidak kurang daripada 40 gim memanjat di Singapura.



Climb@T3 telah dibuka pada hari Sabtu, yang mengalu-alukan pemanjat daripada semua peringkat kemahiran dan juga kanak-kanak semuda dua tahun.



Kanak-kanak boleh membina tahap keyakinan mereka di tembok setinggi 2.5 meter manakala golongan dewasa dan kanak-kanak bermula daripada usia empat tahun boleh mengasah bakat dan kemahiran mereka di tembok setinggi 8 meter yang seluas daripada besmen 2 dan 3.



Pilih lebih daripada 20 laluan panjat dengan paras kesukaran berbeza.



Kemudahan dan program yang dibimbing itu diuruskan oleh The Rock School Singapora yang mempunyai cawangan di Kelab Masyarakat Bedok dan Our Tampines Hub.



Tempahan boleh dibuat di www.climbt3.sg.



Program bagi mereka yang berkeperluan khas juga tersedia dan akan dijalankan oleh kakitangan yang terlatih.



SERONOK MAIN TRAMPOLIN



Taman permainan kanak-kanak dalam bangunan The Polliwogs telah bekerjasama dengan syarikat keusahawanan sosial, Jumping Singapore untuk mengendalikan program trampolin selama lapan minggu bagi kanak-kanak daripada usia lima hingga lapan tahun.



Senaman kardio ringan di trampolin mini itu dikatakan membantu memperkukuh stamina dan otot seseorang selain memperbaiki koordinasi tangan dan kaki.



Kelas Agility Jumping Kids ini berlangsung dari 11 Mac hingga 20 April di cawangan The Polliwogs dekat Vivocity.



Pakej itu merangkumi lapan pas bermain di taman permainan selama 60 minit bagi kanak-kanak berharga $350.



Daftar di str.sg/ikN2.



Di Sentosa, ia juga menawarkan kelas trampolin bagi kanak-kanak berusia antara empat dengan 10 tahun di Palawan Green.



Sertai pelatih daripada syarikat khidmat kecerdasan ABvolution pada 15 Mac pada 5 petang dan 18 Mac pada 8 pagi.



Setiap sesi berharga $15 tetapi anda perlu mendaftar sebagai ahli Sentosa Islander terlebih dahulu.



Untuk butiran lanjut, anda boleh ke islandhappenings.sentosa.com.sg/Activity/Islanderkids.



TONTON ANIMASI 'SUPERKITTIES'



Dunia animasi kini mempunyai empat anak kucing comel yang akan menjadi superhero baru anda!



Kenali Ginny, Sparks, Buddy dan Bitsy, watak 'SuperKitties' yang akan membantu untuk memperbetulkan kesilapan si penjahat.



Pada masa yang sama, mereka juga sedang dalam misi untuk mengubah Kittydale menjadi sebuah tempat yang lebih penyayang.



Program itu, yang kini ditayangkan di Disney+, juga menerapkan pelbagai mesej penting mengenai perlunya empati, kebaikan, daya tahan dan membantu menyelesaikan masalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >