Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akur kumpulan bantu diri berasas kaum berkesan, tidak memecah belah

CDAC, Sinda dan badan Serani ulas kenyataan PM Lee kumpulan bantu diri masih relevan di sini
Sep 27, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN bantu diri berasaskan etnik terus kekal relevan di Singapura, kerana setiap kumpulan itu lebih memahami ciri-ciri masyarakat masing-masing, yang membolehkan bantuan dan program disesuaikan bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik, kata kumpulan tersebut.



Kumpulan bantu diri sedemikian juga tidak memecahbelahkan masyarakat negara, malah sebaliknya menunjukkan keunikan Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, dan menggalak setiap kumpulan etnik mengambil bahagian dalam amalan budaya dan agama masing-masing.



Pengarah Eksekutif Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Encik Tan Yap Kin, berkata Singapura ini akan kehilangan saluran dan sumber berharga jika tidak wujud kumpulan bantu diri berasaskan etnik.



"SHG (kumpulan bantu diri) lebih memahami ciri-ciri unik dan keperluan masyarakat berbeza mereka dan berada dalam kedudukan terbaik untuk menyediakan bantuan disesuaikan dan program disasarkan untuk benefisiari kita.



"Pelbagai isu juga boleh diutarakan secara langsung, tanpa menimbulkan sensitiviti kaum atau agama," kata Encik Tan.



Selain CDAC, terdapat tiga lagi kumpulan bantu diri berasaskan etnik di Singapura - Yayasan Mendaki, Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Persatuan Serani (EA).



Baru-baru ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata kumpulan bantu diri masih relevan kepada masyarakat berbilang kaum Singapura, sambil menambah bahawa kumpulan sedemikian merupakan sumber bantuan penting bagi keluarga berpendapatan rendah kerana mereka dapat menyesuaikan program paling relevan kepada benefisiari mereka.



Encik Lee berkata demikian semasa berucap di Rumah Terbuka Ulang Tahun ke-30 CDAC.



Empat kumpulan bantu diri berasaskan etnik di Singapura itu menyediakan pelbagai program dan sokongan menyeluruh bagi masyarakat mereka, terutamanya keluarga berpendapatan rendah.



Program dan sokongan itu meliputi pelbagai aspek, termasuk pendidikan, keluarga, dan sosial.



Misalnya, CDAC mengamalkan strategi serampang tiga mata demi memastikan mobiliti sosial dicapai dalam kalangan benefisiari mereka.



Strategi itu ialah membina asas kukuh bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah melalui pembelajaran berasas permainan; menyokong kanak-kanak melalui tahap peralihan utama daripada sekolah rendah hingga tahun-tahun pascamenengah; dan memperluas pendedahan benefisiari kepada pembelajaran di luar bidang akademik.



Sinda pula telah berkembang daripada kumpulan yang menyediakan program pendidikan dan bantuan kewangan pada tahun-tahun awalnya kepada sebuah hab menyeluruh yang turut menyediakan program pengayaan dan kemahiran hidup bagi kanak-kanak, orang dewasa muda dan ibu bapa.



Kumpulan itu memastikan ia kekal relevan dengan mengadakan sesi pendekatan kerap bersama agensi pemerintah, badan industri, kumpulan masyarakat lain dan kumpulan akar umbi, untuk memahami trend yang sedang berkembang dan keperluan masyarakat.



Jurucakap Sinda berkata kumpulan itu bertindak sebagai pendaya dalam masyarakat, dengan ramai telah bergabung bersama Sinda dan memainkan peranan penting untuk mempertingkat masyarakat.



"Apabila kita bekerjasama, kita bukan sahaja membangunkan belas kasihan dan empati lebih kukuh, malah, yang penting, usaha sedemikian juga memperkukuh pemilikan dan tanggungjawab masyarakat; kami membangunkan pemahaman lebih kukuh mengenai pengalaman dan keperluan masyarakat kita dan kami bersedia melakukan apa yang perlu dilakukan, agar yang kurang bernasib baik boleh mencapai aspirasi hidup mereka," kata jurucakap itu.



EA pula, selain menyokong benefisiari melalui program pendidikan, program khidmat sokongan keluarga dan acara pembangunan masyarakat, berusaha memelihara pelbagai aspek sejarah, budaya dan tradisi kaum Serani, kata jurucakapnya.



Ini dilakukan melalui acara seperti Pameran Sejarah Keluarga Serani Singapura, yang diadakan selama sebulan mulai 24 September di Rumah Masyarakat Serani.



Keempat-empat kumpulan bantu diri berasaskan etnik itu turut menekankan tentang kepentingan semangat menyumbang kepada masyarakat, yang merupakan aspek penting dalam usaha setiap masyarakat menjadi berdikari.



Bahkan, jurucakap Sinda berkata keempat-empat kumpulan bantu diri itu juga bekerjasama dengan satu sama lain bagi memperkukuh jati diri rakyat Singapura.



Antara usaha itu ialah Program Tuisyen Kolaboratif di mana pelajar dapat menyertai program akademik kumpulan bantu diri satu sama lain.



Jurucakap EA berkata mempunyai kumpulan bantu diri berasaskan etnik di negara ini tidak memecahbelahkan masyarakat, malah menonjolkan keunikan Singapura.



"Kita mungkin mempunyai kaum, agama dan budaya berbeza, dengan setiap kumpulan digalak mengambil bahagian dalam amalan budaya dan agama masing-masing.



"Pada masa sama, kita merai jati diri berbilang kaum kita, sambil sentiasa berusaha untuk lebih memahami tradisi orang lain, untuk membantu memupuk persefahaman lebih baik antara budaya, dan menyatukan individu daripada pelbagai kaum dengan lebih rapat," katanya.




"SHG (kumpulan bantu diri) lebih memahami ciri-ciri unik dan keperluan masyarakat berbeza mereka dan berada dalam kedudukan terbaik untuk menyediakan bantuan disesuaikan dan program disasarkan untuk benefisiari kita."
- Encik Tan Yap Kin, Pengarah Eksekutif CDAC.



"Apabila kita bekerjasama, kita bukan sahaja membangunkan belas kasihan dan empati lebih kukuh, malah, yang penting, usaha sedemikian juga memperkukuh pemilikan dan tanggungjawab masyarakat; kami membangunkan pemahaman lebih kukuh mengenai pengalaman dan keperluan masyarakat kami dan kami bersedia melakukan apa yang perlu dilakukan, agar yang kurang bernasib baik boleh mencapai aspirasi hidup mereka."
- Jurucakap Sinda.



"Pada masa sama, kita merai jati diri berbilang kaum kita, sambil sentiasa berusaha untuk lebih memahami tradisi orang lain, untuk membantu memupuk persefahaman lebih baik antara budaya, dan menyatukan individu daripada pelbagai kaum dengan lebih rapat."
- Jurucakap Persatuan Serani (EA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >