Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

REAKSI UCAPAN MENTERI MASAGOS DI PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Akur semua harus sama-sama perkukuh masyarakat

Pemimpin Melayu/Islam ajak masyarakat bantu melalui kerja sukarela, kewangan seperti Wakaf Masyarakat Singapura
Apr 30, 2023 | 05:30 AM



PEMIMPIN Melayu/Islam mengajak anggota masyarakat sama-sama membantu memperkukuh masyarakat, baik menerusi kerja sukarela mahupun dalam bentuk kewangan seperti usaha Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).



Ini bahkan boleh membawa manfaat kepada generasi akan datang, ujar mereka.



Bercakap tentang WMS dalam ucapannya semasa Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, antara lain berkongsi bahawa usaha membentuk WMS sudah hampir siap dan telah menerima ikrar sumbangan beberapa individu.



Beliau turut menarik perhatian tentang semangat kesukarelawanan dalam masyarakat.



Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berkata butiran lebih lanjut mengenai WMS diharap dapat menggalak anggota masyarakat lebih berkemampuan tampil membantu.



"Dengan pengumuman tentang perincian inisiatif WMS oleh Encik Masagos, saya berharap masyarakat kita, tidak kira individu mahupun institusi, akan menyahut panggilan untuk menyumbang rezeki melalui saluran WMS bagi manfaat masyarakat dan membangkitkan semula semangat wakaf yang sudah lama terpatri dalam sejarah masyarakat dan agama kita.



"Ini juga selaras dengan usaha meningkatkan pendapatan dan aset simpanan institusi masjid kita, seperti yang oleh Pelan Pelaburan Wakaf Masjid (MoWIP) (yang diterajui masjid di daerah kelompok Barat), yang dilaporkan baru-baru ini," ujar beliau.



Soal wakaf juga menarik perhatian presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Nassar Mohamad Zain, yang berkata sumbangan kepada WMS menunjukkan masyarakat Melayu/Islam dapat bersatu padu untuk menyumbang lebih banyak bagi generasi akan datang.



"Dengan adanya wakaf ini, ia menunjukkan bahawa kita telah meningkatkan kebolehan dan daya tahan masyarakat kita sendiri.



"Kalau kita tidak berada pada tahap ini, kita tidak dapat menyumbang, jadi masyarakat kita sudah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Dan ini boleh menjadi inspirasi bagi belia kita untuk terus memberi sumbangan," ujar beliau.



Encik Nassar bahawa dengan adanya inisiatif itu, golongan belia dapat memikirkan tentang jangka asa panjang agar mereka lebih prihatin dan peduli akan mereka yang memerlukan, di samping memikirkan tentang isu berkaitan kemampanan.



Sementara itu, semangat kesukarelawanan dalam masyarakat yang disentuh Encik Masagos dalam ucapan beliau dianggap oleh ramai orang sebagai isu penting dalam konteks hari ini.



Berkongsi pandangannya, pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion, berkata ucapan itu penting kerana ia mengingatkan masyarakat bahawa mereka bukan hanya individu tetapi sebahagian daripada sebuah masyarakat dan mempunyai peranan penting dalam kemajuan masyarakat.



"Jadi, sikap kewarganegaraan itu kini adalah penting kerana kita juga seharusnya menyumbang semula kepada negara.



"Sudah tiba masanya kita diingatkan bahawa kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza-beza kepada diri sendiri, masyarakat dan negara," kata beliau.



Ini lebih-lebih lagi dengan cabaran yang terus dihadapi masyaraka, seperti penduduk yang semakin menua, kos sara hidup tinggi dan cabaran pekerjaan, ujar Dr Badrun.



Memberi perspektifnya sebagai seorang belia, penuntut tahun kedua Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang juga presiden Persatuan Islam NTU, Cik Haziera Hairundinshah, berkata intipati ucapan Encik Masagos menjadi panduan baginya menerokai cara menyumbang kepada masyarakat.



"Ia memberi panduan tentang cara saya boleh melakukannya sebagai individu dalam masyarakat dan pada peringkat negara, dan ini menjadi pembakar semangat saya untuk mengambil usaha pertama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >