Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Al Wehdah agih dermasiswa sebanyak $34,000

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Arab Al Wehdah akan mengagihkan dermasiswa kepada 14 pelajar politeknik dan 10 pelajar universiti dengan nilai keseluruhan sebanyak $34,000 tahun ini.



Ia bertujuan memberikan bantuan tunai untuk membantu belia Arab Singapura bagi meneruskan pendidikan posmenengah di Singapura.



Tahun ini, persatuan itu juga akan melancarkan Anugerah Pengajian Agama bagi pelajar yang mengikuti pengajian agama, serta alumni bagi penerima dermasiswa yang lalu.



Tujuan Anugerah Pengajian Agama diberikan untuk menggalakkan pengajian dan pengetahuan agama di kalangan belia untuk mengekalkan kepimpinan agama masyarakat Hadrami. Selain itu, ia juga ingin mengekalkan kedudukan dan peranan ideologi Hadrami (Tareem) di Singapura dan rantau ini.



Antara lain, Al Wehdah juga memberi dermasiswa bagi Anugerah Pengajian Sekular.



Terdapat empat dermasiswa di bawah bahagian ini iaitu Dermasiswa Al Wehdah; Anugerah Valedictorian; Biasiswa Perakaunan oleh Helmi Talib & Co dan Hadiah Buku Ameen Talib.



Dermasiswa dan biasiswa yang diberikan bernilai antara $1,000 hingga $2,000 bagi setiap pelajar.



Ditubuhkan sejak 2014, tahun ini merupakan tahun kelapan Al Wehdah bakal menganjurkan majlis anugerah dermasiswa itu yang akan berlangsung Jumaat depan, 4 November.



Dermasiswa ini bertujuan untuk menyediakan bantuan wang dan menggalakkan belia Arab Singapura untuk teruskan pendidikan tinggi secara tempatan.



Sejauh ini, dermasiswa Al Wehdah telah membantu lebih 170 pelajar Arab di politeknik dan universiti, dengan nilai lebih $260,000.



Majlis yang bakal diadakan itu akan dihadiri Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >