Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Al-Wehdah bantu sesuaikan diri dengan kehidupan di S'pura

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



MEMBESAR di Perancis sejak lahir, Cik Leila Meimouna Bousetta berdepan sedikit cabaran menyesuaikan diri kepada kehidupan di Singapura apabila berpindah ke sini pada usianya 10 tahun.



Namun, dengan wujudnya masyarakat seperti di Persatuan Arab Singapura, atau Al-Wehdah, warga Singapura berusia 18 tahun itu kini lebih selesa dan memiliki rasa kekitaan di kota Singa.



Ibu Cik Leila ialah seorang warga Singapura, manakala bapanya berasal dari Tunisia.



Bercakap kepada Berita Harian di majlis penyampaian Anugerah Dermasiswa Al\-Wehdah baru-baru ini, Cik Leila berkata:



"Di Perancis, kita jarang banyak berbual tentang agama. Mereka mempunyai set minda yang lebih bebas.



"Jadi, apabila saya datang ke sini dan melihat orang daripada pelbagai kaum dan agama tinggal bersama, ia benar-benar membuka mata saya.



"(Tapi, di Al-Wehdah) pastinya saya ada rasa kekitaan lebih-lebih lagi dikelilingi mereka yang berbangsa Arab seperti saya. Kehadiran saya rasa dialu-alukan."



Selain itu, pelajar jurusan grafik gerakan di Politeknik Nanyang itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada sistem pendidikan setempat.



"Matematik dan Sains bukanlah mata pelajaran terbaik saya. Jadi, ibu bapa saya harus memasukkan saya ke dalam kelas tuisyen dan memuat turun latihan dalam talian untuk membantu saya memperbaikinya," tambah anak sulung empat beradik itu.



Cik Leila merupakan antara 14 pelajar politeknik yang menerima dermasiswa Al-Wehdah bernilai $1,000 tahun lalu.



Dermasiswa tahunan itu bertujuan memberikan bantuan tunai untuk membantu belia Arab Singapura bagi meneruskan pendidikan posmenengah di Singapura.



"Saya bersyukur untuk mendapat dermasiswa ini sebab ia akan meringankan beban ibu bapa saya untuk menampung kos perbelanjaan diploma saya," kata Cik Leila, yang julung kalinya menerima dermasiswa Al -Wehdah, dan mempunyai hasrat menyambung pengajian dalam bidang psikologi di universiti.



Seorang lagi penerima dermasiswa Al-Wehdah ialah Encik Omer Basil Uqba, 25 tahun.



Beliau ialah salah seorang daripada 10 mahasiswa universiti yang disampaikan $2,000 di bawah dermasiswa itu.



Seperti Cik Leila, Al-Wehdah turut menjadi masyarakat yang dekat di hati Encik Omer.



Encik Omer merupakan anggota jawatankuasa belia Al-Wehdah sejak kira-kira enam tahun lalu dan terlibat menganjurkan pelbagai acara untuk golongan muda persatuan itu.



Antaranya, mahasiswa kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Nanyang itu terlibat dalam pasukan bola sepak Al-Wehdah yang aktif menyertai pertandingan di tanah air dan luar negara.



"Al-Wehdah adalah sebuah persatuan Arab. Jadi, ia baik untuk melihat rakan-rakan yang sama bangsa seperti saya.



"Kita dapat berkongsi masalah yang kita sama-sama alami dan mempunyai teman yang dapat memahami keadaan kita. Ada rasa silaturrahim dalam masyarakat ini," kongsi Encik Omer, warga Singapura berketurunan Yaman.



"Yang menariknya, sebelum ini saya tidak mengenali ramai orang Arab. Tapi, selepas bergaul dengan rakan-rakan di Al-Wehdah, ternyata sebahagian daripada mereka ada kaitan dengan keluarga saya. Jadi, kami semua bersaudara."



Jawatankuasa belia itu sejauh ini mempunyai sekitar 50 peserta dan terdapat rancangan untuk mengembangkan bilangannya.



"Selepas dua tahun dilanda pandemik, kami ingin menyatukan semula belia termasuk penerima dermasiswa Al-Wehdah kali ini...Kami merancang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat," tambah Encik Omer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >