Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alam semula jadi bukan mangsa pembangunan ekonomi: DPM Heng

Boleh sumbang kepada usaha tangani perubahan iklim
Sep 30, 2021 | 05:30 AM



ALAM semula jadi bukan dan tidak boleh menjadi mangsa pembangunan ekonomi secara tidak langsung, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



Tambahnya, alam semula jadi bukan sahaja menjadi kehidupan bandar lebih sesuai didiami, bahkan ia juga boleh menyumbang kepada usaha manusia menangani perubahan iklim.



Beliau berkata demikian semasa menggesa peserta sidang kemampanan Minggu Ecosperity untuk mengambil perspektif baru terhadap alam sekitar semula jadi.



Sidang tiga hari anjuran syarikat pelaburan Temasek Singapura bagi penggubal dasar, pelabur, kumpulan bukan pemerintah dan perusahaan itu berlangsung secara hibrid, dengan beberapa peserta menghadirinya di Marina Bay Sands.



Semalam merupakan hari kedua sidang tersebut.



"Sementara kita harus meneruskan usaha global mengurangkan pengeluaran karbon, langkah penyahkarbonan sahaja tidak mencukupi.



"Kita juga perlu mengambil strategi bersifat melengkapi bagi sekuestrasi karbon dan huraian berdasarkan alam semula jadi boleh memainkan peranan besar," ujar Encik Heng.



Sekuestrasi karbon merupakan proses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global.



Kebanyakan proses ini dilakukan oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis yang menyebabkan karbon dioksida diikat bersama-sama air untuk menjadi karbohidrat. Selagi tumbuhan ini tidak dimusnahkan, karbon dioksida ini akan terus berada dalam bentuk karbohidrat.



Ini bermakna untuk mengurangkan pemanasan global, kawasan yang ditumbuhi tumbuhan perlu antara lain dikekalkan atau ditambah.



Terdapat perhatian global yang meningkat terhadap peranan ekosistem semula jadi dan bagaimana ia boleh dipelihara dan dipulihkan agar dapat terus melakukan apa yang ia lakukan dengan sebaiknya, iaitu fotosintesis dan mengikat karbon dioksida dari udara.



Encik Heng menyifatkan potensi bagi huraian berdasarkan alam semula jadi sedemikian di Asia Tenggara sebagai amat besar, dengan rantau ini memiliki 200 juta hektar hutan dan stok karbon biru terbesar di dunia.



Karbon biru adalah karbon yang disimpan ekosistem marin seperti paya bakau dan padang rumput laut, yang menyimpan lebih banyak karbon berbanding hutan.



Satu kajian oleh Pusat Huraian Iklim Berasaskan Alam Semula Jadi Universiti Nasional Singapura (NUS) mendapati sekiranya sekitar 1.55 bilion hektar hutan tropika, iaitu hampir sebesar Russia, yang menghadapi ancaman pembasmian hutan selamat daripada ditebang, hutan ini boleh menjana pulangan lebih AS$46 bilion ($62 bilion) setahun dengan penjualan kredit karbon.



Namun sebelum keuntungan boleh diraih daripada alam semula jadi, beberapa langkah perlu diambil, kata Encik Heng.



Ini termasuk membina pasaran karbon dengan tahap tadbir urus yang kukuh serta tekanan pada keyakinan.



Singapura kini menyumbang kepada usaha itu antara lain menerusi pusat NUS yang diterajui Profesor Koh Lian Pin dan Climate Impact X (CIX), sebuah pasaran tukaran karbon sejagat yang bertujuan meningkatkan pasaran karbon secara sukarela dan dibiayai oleh DBS Bank, Temasek, StanChart dan Singapore Exchange.



Harga karbon juga harus ditetapkan dengan betul untuk mengambil kira kesan negatif dari luar yang menyumbang kepada iklim global.



"Dengan tahap cukai karbon yang wajar, kita boleh mendorong usaha kemampanan, termasuk huraian berasaskan alam semula jadi, sementara kekal berdaya saing," ujar Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >