Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat pintar pantau air semasa mandi

Masagos: Mandi singkat, air jimat
Mar 18, 2018 | 05:30 AM



APABILA estet West Rock@Bukit Batok selesai lewat tahun ini, 300 unit alat mandian pintar yang akan membantu penduduk memantau penggunaan air mereka akan dipasang.



Alat itu adalah yang pertama daripada 10,000 yang bakal dipasang agensi air PUB di 10,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) menjelang akhir 2019.



Ia akan membolehkan penduduk mendapat maklumat masa nyata tentang jumlah air yang mereka gunakan semasa mandi di samping membolehkan mereka menetapkan matlamat dan memantau sejarah penggunaan melalui aplikasi.



Selepas West Rock@Bukit Batok, ia akan dipasang secara bertahap-tahap di estet pembangunan baru di Meadow Spring, Toa Payoh Apex dan Buangkok Park Vista, menurut kenyataan agensi air kebangsaan, PUB.



Keluarga yang memilih kelengkapan kebersihan di bawah Skim Komponen Pilihan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mendapat alat itu.



Sementara itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata jika setiap orang boleh mengurangkan seminit air yang dibiar mengalir semasa mandi setiap hari, Singapura akan berupaya menjimatkan separuh daripada air yang dihasilkan oleh loji penyahgaraman.



"Jika kita kurangkan seminit ketika mandi, kita akan dapat menjimatkan sembilan liter air. Apakah makna sembilan liter ini? Ini bermakna penjimatan yang sedikit sahaja dan tidak terlalu banyak.



"Tetapi jika setiap di antara kita menjimatkan antara sembilan dengan 10 liter air setiap seorang setiap hari, secara bersama, kita akan dapat menjimatkan air sebanyak apa yang boleh dihasilkan oleh separuh kilang penyahgaraman pada masa depan,"ujar beliau.



Encik Masagos berkata demikian semalam dalam acara merai Hari Air Sedunia Singapura Sparkletots yan`g menyaksikan penyertaan 16 pusat prasekolah Sparkletots Yayasan Masyarakat Parti Tindakan Rakyat (PCF) di Our Tampines Hub (OTH).



Acara kemasyarakatan bertema 'Kami Menjadikan Setiap Titik Berharga' itu adalah anjuran Sparkletots PCF Daerah Timur Laut 3 dan disokong oleh Agensi Air Kebangsaan PUB.



Hari Air Sedunia dirai pada 22 Mac 2018 tetapi ia dirai sepanjang bulan di Singapura.



Menurut Pengetua Pusat Prasekolah Sparkletots PCF@Tampines West 890A, Cik Siti Nurwahidah Aman, 30 tahun, bagi menanam nilai pentingnya pemuliharaan air, pihaknya buat pertama kali telah membawa 12 murid K1 dan K2 mengunjungi 15 unit flat di blok yang sama dalam usaha mendekati masyarakat.



"Usaha ini adalah bagi memupuk nilai murni sejak kecil tentang pemuliharaan air agar mereka membesar menjadi warga yang bertanggungjawab. Di samping itu, ia juga menjadi wadah bagi anak-anak ini berkongsi apa yang telah mereka pelajari kepada bukan hanya anggota keluarga bahkan penduduk dewasa.



"Ini sekali gus membentuk mereka menjadi seorang yang lebih yakin."



Sementara itu, Pengetua Eksekutif, Prasekolah Sparkletots PCF, Cik Alice Chan, menambah:



"Kami percaya dengan menyediakan platform bagi melibatkan anak-anak ini dalam masyarakat yang lebih luas, ia membentuk sebahagian daripada pembangunan mereka di mana mereka sedar tentang isu penting dalam masyarakat.



"Ini juga mewujudkan pembelajaran holistik yang merupakan sebahagian daripada kurikulum PCF."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >