Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alih bahasa Inggeris ke Melayu harus peka akan nuansa, sesuai matlamat

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



DALAM mengalih teks daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, penterjemah harus peka akan nuansa dan memilih penterjemahan yang paling sesuai dengan matlamat dan pembaca yang disasarkan.



Menyatakan demikian semasa sesi dialog maya malam kelmarin bagi menjelaskan tentang projek penterjemah masyarakat atau 'citizen translator', Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam, menekankan bahawa kadangkala penterjemahan langsung sahaja tidak mencukupi jika hilang intisari maknanya.



Ini malah dapat dilihat dalam kalangan peserta dialog tersebut yang menyarankan agar 'citizen translator' diterjemah sebagai 'penterjemah warga', 'penterjemah rakyat' atau 'penterjemah masyarakat'.



"Akan terdapat banyak pandangan, jadi ada keperluan mencapai kata sepakat dan oleh itu ada keperluan meletakkannya dalam wadah tertentu untuk kita membincangkannya," kata Cik Rahayu yang juga anggota Jawatankuasa Penterjemahan Nasional.



Sesi kelmarin dihadiri sekitar 110 peserta daripada masyarakat penutur bahasa Melayu dan Tamil. Sesi serupa bagi penutur bahasa Mandarin telah diadakan minggu lalu.



Dialog itu bertujuan memberi maklumat lanjut tentang projek mendapatkan lebih ramai orang awam menjadi penterjemah masyarakat relawan.



Mereka akan membantu mengenal pasti kesilapan dalam bahan komunikasi pemerintah dan memberi saranan untuk memperhalusi penterjemahan.



Mereka juga akan dapat membantu menyemak bahan komunikasi menggunakan portal SG Translate Together akan datang dengan bahan untuk dialih bahasa akan diletakkan di laman itu.



Relawan juga akan dapat membantu memperbaiki enjin SG Translate yang menggunakan kepintaran buatan untuk menterjemah istilah setempat tertentu.



Dalam sesi kelmarin, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, menerangkan tentang tiga jenis kesilapan dalam penterjemahan yang boleh berlaku apabila kerja penterjemahan diberikan kepada penterjemah luar memandangkan terdapat terlampau banyak bahan untuk diterjemah jabatan penterjemah seramai 30 orang di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



Kesilapan itu termasuk tidak mencari syarikat penterjemahan bermutu untuk melakukan tugas tersebut, terlampau bergantung pada syarikat penterjemahan untuk memeriksa produk terakhir, dan masalah tentang keserasian fon terutama bagi bahasa Tamil dan Cina.



Cik Sim, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penterjemahan Nasional berkata dalam menangani tiga isu itu, jelas bagi MCI bahawa tidak cukup untuk mereka mengarahkan pegawai maklumat yang ia hantar kepada agensi berbeza tentang apa yang perlu diperhatikan, dan tidak cukup untuk setiausaha tetap atau ketua badan berkanun diingatkan.



Ini kerana bahan komunikasi pemerintah kini dikendalikan oleh pegawai di banyak peringkat berbeza, katanya.



"Dan jika begitu ramai pegawai terlibat dan tidak semua orang faham kesulitan linguistik atau teknikal yang mungkin menanti mereka, kita hanya akan melihat kesilapan yang sama berlaku berulang kali," tambahnya.



Turut hadir pada sesi itu ialah Anggota Parlimen GRC Sembawang Vikram Nair yang juga anggota Jawatankuasa Penterjemahan Nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >