Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alih kepada elektrik: Insentif kenderaan komersial dikurang

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



PEMBELI kenderaan komersial akan mendapat rebat cukai yang lebih kecil apabila bertukar kepada model elektrik mulai 1 April 2023, di bawah Skim Menangani Pengeluaran Asap Kenderaan Perdagangan (CVES) yang disemak semula.



Insentif untuk kenderaan komersial elektrik ringan dalam Kumpulan A akan dikurangkan daripada $30,000 sekarang kepada $15,000, kata pihak berkuasa semalam ketika mengumumkan lanjutan dua tahun skim itu sehingga 31 Mac 2025.



Kenderaan dalam Kumpulan B akan mendapat rebat $5,000, turun daripada $10,000 sekarang, manakala surcaj untuk model yang lebih banyak pencemaran dalam Kumpulan C akan dinaikkan kepada $15,000 daripada $10,000.



Akhbar The Straits Times pada Ogos lalu melaporkan tentang perubahan CVES yang disarankan itu, termasuk mengurangkan rebat dalam Kumpulan A kepada $10,000, menggantikan rebat Kumpulan B dengan kumpulan neutral tanpa rebat mahupun surcaj, dan mengekalkan surcaj $10,000 dalam Kumpulan C.



Dalam satu kenyataan bersama semalam dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata ia telah mengambil perhatian tentang kebimbangan industri terhadap kos pendahuluan yang lebih tinggi bagi kenderaan komersial elektrik, dan "membuat penyesuaian untuk langkah turun yang lebih beransur-ansur dalam insentif Kumpulan A".



Hanya model elektrik dengan pelepasan karbon dioksida tidak lebih 123g/km akan layak untuk Kumpulan A, turun daripada 150g/km pada masa ini.



Tahap had karbon dioksida, hidrokarbon dan bahan zarah juga akan diturunkan, manakala tahap nitrogen oksida akan dinaikkan. Had karbon monoksida akan kekal tidak berubah.



NEA dan LTA berkata Skim Penggantian Awal Kenderaan (ETS), yang memberi insentif kepada pemilik kenderaan komersial dan bas diesel yang lebih lama dan lebih pencemaran untuk menggantikannya, juga akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2025. Diskaun untuk menggantikan kenderaan lama akan dikurangkan dalam kebanyakan kes di bawah ETS yang dikemaskini.



"Penyesuaian kepada had pencemar CVES akan terus memastikan kepelbagaian model kenderaan yang seimbang merentas kumpulan, manakala insentif CVES dan ETS yang disesuaikan juga akan mengekalkan momentum ke arah kenderaan yang lebih bersih," kata pihak berkuasa.



Perubahan NEA itu bertepatan dengan apa yang dipanggil Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia, yang mengukur tahap pencemar kenderaan di bawah keadaan yang lebih realistik, dan berkemungkinan akan mengakibatkan tahap pencemar yang lebih tinggi diukur.



Ia akan bermula di sini untuk kenderaan komersial baharu mulai 1 April 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >