Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alu-alu usaha Jamiyah beri ilmu IT pada penghuni Darul Islah

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



MENDAPATKAN pekerjaan adalah cabaran besar buat bekas banduan.



Dalam hal ini, melengkapi banduan dan bekas banduan dengan kemahiran teknologi akan membuka peluang pekerjaan bagi mereka, lebih-lebih lagi memandangkan teknologi sudah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Justeru, pembukaan bilik komputer baru yang dinaik taraf di Rumah Peralihan Jamiyah, Darul Islah, sejajar dengan usaha membantu penghuninya meningkatkan keupayaan mereka mendapat kerja apabila dibebaskan.



Ia sebahagian daripada Program Kemahiran IT yang merupakan kerjasama antara Darul Islah, Dana Yellow Ribbon (YRF) dan syarikat sofwe dan teknologi Acronis.



Dengan suntikan dana $100,000 oleh Acronis menerusi YRF, bilik komputer itu kini dilengkapi 15 laptop baru serta alat lain, dan akan digunakan untuk menawarkan kursus IT tahun ini.



Berucap di majlis perasmian bilik komputer itu semalam, Dr Faishal berkata: "Pekerjaan yang menyediakan kestabilan kewangan akan membantu bekas banduan membina semula kehidupan mereka.



"Memandangkan teknologi sudah menjadi sebahagian kehidupan harian kita, menjadi celik komputer akan membuka pintu peluang bagi kedua-duanya, banduan dan bekas banduan kita."



Beliau menambah bahawa bilik komputer itu akan membolehkan penghuni mempertingkat kemahiran dan ilmu IT mereka, membina keyakinan mereka dalam bidang ini, dan kemudian memperbaiki keupayaan mereka mendapat pekerjaan apabila dibebaskan.



Dr Isa Hassan, naib presiden kanan III Jamiyah Singapura yang juga penegerusi Darul Islah, berkata penghuni di rumah peralihan itu dilengkapi latihan releven supaya mereka dapat berintegrasi semula dalam masyarakat.



"Mendapat pekerjaan setelah pemulihan boleh membantu individu membina hubungan lebih sihat, menyara keluarga mereka dan meningkatkan harga diri mereka, yang bantu mencegah kebentanan dan mengekalkan pemulihan jangka panjang mereka," ujarnya.



Menurut beliau, 60 penghuni akan meraih manfaat daripada program tersebut tahun ini.



Pengasas Bersama yang juga Presiden Teknologi Acronis, Encik Stas Protassov, berkata penghuni diajar kemahiran menggunakan sofwe Microsoft seperti Word, Powerpoint dan Excel. Selain kemahiran amali, kemahiran insaniah seperti cara menyiapkan resume turut diajar, katanya.



Antara yang telah meraih manfaat ialah Ray (bukan nama sebenar), yang tidak pernah menggunakan komputer sebelum itu.



Beliau, yang dahulu bekerja dalam bidang keselamatan, berharap sijil yang diperolehnya boleh mempertingkat dirinya menjadi penyelia keselamatan setelah dibebaskan pada Mei, memandangkan peranan pekerjaan itu memerlukan penggunaan teknologi.



"Dengan usia saya lebih 50 tahun, saya perlu pertingkat diri dan membina semula kehidupan saya," kata beliau, sambil meluahkan kesyukuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >