Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah tumbuk kepala budak 2 tahun lepas dimarahi majikan

Nov 30, 2016 | 02:22 PM



SEORANG pembantu rumah Indonesia menumbuk anak lelaki majikannya yang berusia dua tahun selepas dia dimarahi majikannya.

Pada Rabu (Nov 30), Ayunda Lestari Dayuki, 24 tahun, dihukum penjara empat bulan selepas mengaku menganiayai kanak-kanak itu di sebuah flat di Bukit Batok pada 22 Sep lalu.

Dia menumbuk kepala budak itu tiga kali dan memukul kepalanya dengan berus tandas kayu sekali.

Mahkamah diberitahu bahawa Ayunda mula bekerja bagi keluarga itu pada Sep 2015 dan tugasnya termasuk menjaga mangsa dan dua kanak-kanak lain.

Pada 21 Sep, majikannya yang berusia 36 tahun memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) flatnya semasa beliau di tempat kerja dan mendapati Ayunda tidur di ruang tamu, sedangkan dia sepatutnya menjaga kanak-kanak itu.

Beliau menelefon pembantu rumah itu dan memarahinya kerana tidur.

Esoknya, suami beliau ternampak tanda kemerahan dan bengkak pada bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.

Siasatan menunjukkan pada 22 Sep, Ayunda memukul budak itu apabila dia enggan mandi dan mula menangis.

Dia menumbuk belakang kepala budak itu tiga kali dan menggunakan berus tandas untuk memukul kepalanya.

Pemeriksaan doktor mendapati bengkak di belakang kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kumaresan Gohulabalan berkata mangsa dipukul pada bahagian tubuhnya yang lemah.

Jenayah itu tidak mudah dikesan kerana Ayunda melakukannya di luar pandangan CCTV, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >