Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amaran pakar: Usah tinggalkan kanak-kanak dalam kereta di tengah panas

Mar 17, 2018 | 03:17 PM



DALAM masa hanya 20 minit, suhu dalam kereta yang diletakkan di tempat panas boleh meningkat melebihi 48 darjah Celsius.



Lantaran itulah pakar-pakar perubatan memberi amaran supaya tidak meninggalkan sesiapa di dalam kereta yang diletakkan di tempat panas, kerana kenaikan suhu yang melampau boleh menyebabkan masalah perubatan yang serius, termasuk strok haba. Tubuh umumnya berfungsi baik dalam suhu 36 hingga 37.5 darjah C.



Amaran itu diberi ekoran tragedi di Port Dickson pada Rabu (14 Mac) apabila kanak-kanak perempuan dua tahun mati selepas ibunya terlupa anaknya terbiar dalam kereta di tempat letak kereta di bawah panas matahari selama empat jam.



Terdapat beberapa kejadian lain. Pada 2016, seorang bapa di Amerika Syarikat dihukum penjara seumur hidup selepas anaknya berusia 22 bulan meninggal dunia akibat 'hiperthermia' - suhu tubuh naik melebihi paras normal.



Menurut satu kajian Universiti San Francisco pada 2013, suhu dalam kereta yang diletak di luar rumah meningkat kepada 42.8 darjah Celsius dalam masa 10 minit, 48.3 darjah C dalam 20 minit dan 54.4 darjah C dalam satu jam.



Ini berlaku walau suhu di luar adalah 27.8 deg C, kira-kira purata suhu harian di Singapura.



Apabila suhu naik melebihi 30 darjah C, bahagian dalaman kereta menjadi panas pada purata 14.8 darjah C dalam 20 minit dan 24 darjah C dalam satu jam, mencapai lebih kurang 58 darjah C pada hari tertentu.



Ini berlaku kerana kesan rumah hijau, yang berlaku apabila cahaya matahari diserap oleh permukaan kereta dipancarkan semula sebagai haba dan kemudian terperangkap di dalam kenderaan.



Kajian yang sama mendapati suhu dalaman kereta tidak begitu berkurang apabila tingkap dibiarkan terbuka.



Menurut The Straits Times, Dr Winston Ho, pengarah perubatan di Parkway Shenton, berkata kanak-kanak lebih terdedah kepada suhu yang melampau kerana mereka kurang berpeluh dan mempunyai keupayaan menurun dalam mengawal suhu badan mereka.



Mereka juga mempunyai nisbah jisim badan lebih luas yang menjadikan tubuh mereka menyerap lebih banyak haba, katanya.



Kebanyakan orang, termasuk kanak-kanak, tidak dapat mengenali kesan awal penyakit yang berkaitan dengan haba, seperti sakit kepala dan pening, dan mungkin tidak tahu bagaimana menghidrat atau keluar daripada pendedahan haba apabila ia berlaku, katanya.



Secara umumnya, manusia boleh menerima suhu badan sekiar 42 derjah C antara 45 minit hingga lapan jam sebelum kerosakan sel berlaku, kata Dr Sean Leo, yang mengendalikan kes-kes pendedahan haba sebagai doktor Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama 12 tahun. Pada suhu lebih tinggi atau pendedahan terlalu lama pada haba, sel dan dinding dalam tubuh mula cedera, yang akhirnya akan mengakibatkan kecederaan pada pelbagai organ dan kegagalan dalam kes-kes ekstrem, tambah Dr Leo, yang kini menjadi ahli bedah ortopedik sukan di Hospital Mount Elizabeth Novena.



Beliau berkata risiko kematian menjadi lebih tinggi apabila lebih banyak organ gagal berfungsi.



Mangsa akibat strok haba yang teruk mungkin mengalami rasa mual, muntah, sawan, tidak sedarkan diri dan maut, kata Dr Leo.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >