Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil alih urus kedai, teruskan perniagaan keluarga lebih dua dekad

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Sejak kecil Encik Abdul Wahid Haji Sultan sudah sibuk membantu mak ciknya di kedai – mengatur barang makanan dan minuman yang dijual kepada pelanggan.

Kini, pada usia dewasa, beliau mengambil alih pula tugas mengendalikan kedai runcit bawah blok mak ciknya itu – menjadi generasi kedua yang meneruskan perniagaan keluarga tersebut.

Kedai runcit H M Hussain di Blok 6 Holland Close itu – atau lebih dikenali sebagai kedai mamak dalam kalangan penduduk – dibuka oleh keluarga Encik Sultan sekitar 23 tahun lalu.

Ia kini dimiliki mak ciknya, Cik Raviyagani Abdul Ravoof, namun Encik Sultan telah mengendalikan urusan operasi kedai itu lebih sedekad lalu dengan dibantu oleh sepupunya yang lain.

“Memang sejak kecil lagi saya dah bantu mak cik saya di kedai. Selepas habis sekolah, saya akan datang ke sini untuk bantu angkat dan susun barang dan sebagainya.

“Saya memang minat berniaga. Lagipun, ini perniagaan keluarga saya, jadi secara semula jadi saya mahu teruskan perniagaan ini,” kata beliau, 42 tahun.

Bapa anak kembar perempuan berusia empat tahun itu berkata terdapat banyak kenangan manis sepanjang bekerja di kedai runcit itu.

Antaranya, beliau berkongsi hubungan rapat dengan beberapa pelanggannya yang sudah lama tinggal di kawasan Holland Close itu dan sering datang ke kedainya.

Bahkan, beliau mengenali beberapa pelanggannya sejak mereka kecil yang kemudian membesar, mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak-anak sendiri.

Namun, di sebalik kenangan manis, ada juga detik-detik mencabar dalam kisah perjalanan perniagaan kedai itu.

Pengalaman pahit yang terkini ialah ketika pandemik Covid-19 melanda. Encik Sultan berkata kedai terpaksa ditutup sebagai sebahagian peraturan untuk membendung penularan jangkitan yang menyebabkan perniagaan mereka terjejas teruk.

Dalam pada itu, inflasi telah juga menyebabkan harga barang makanan dan minuman mereka menjadi lebih mahal jika dibandingkan dengan masa lalu, jelasnya.

Encik Sultan berkata banyak perubahan yang telah beliau saksikan berlaku di kawasan Holland Close sepanjang kedai H M Hussain wujud selama lebih dua dekad.

Dahulu, selain kedai runcitnya, terdapat beberapa lagi kedai runcit lain yang menjual barang keperluan harian di sekitar estet kejiranannya, namun semuanya telah ditutup dan kini digantikan dengan perniagaan lain seperti kedai gunting rambut dan kedai kecantikan.

Malah, sederet dengan kedainya kini ialah kedai serbaneka popular 7-Eleven yang boleh dianggap sebagai pesaing beliau.

Namun, Encik Sultan tetap yakin perniagaan kedai runcitnya akan dapat terus bertahan untuk tahun-tahun mendatang.

“Ramai pelanggan kami adalah pelanggan tetap dan sudah lama bersama kami. Lagipun, harga barang-barang yang kami jual masih lagi lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain.

“Jadi, saya yakin kedai kami akan dapat bertahan dan saya mahu teruskan perniagaan keluarga saya ini yang telah dimulakan lebih dua dekad lalu,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >