Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP diiktiraf laksana amalan terbaik urus pekerja

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



AMP Singapura telah diiktiraf sebagai majikan yang melaksanakan amalan terbaik dalam sektor perkhidmatan sosial oleh sebuah syarikat konsultan bagi ehwal tenaga manusia.



Ia merupakan satu-satunya badan Melayu/Islam (MMO) dalam sektor perkhidmatan sosial yang menerima Pengiktirafan Khas itu tahun ini.



Pengiktirafan diberikan sempena anugerah Majikan Terbaik Kincentric Singapura. Kincentric menyediakan khidmat runding cara dalam hal tenaga manusia.



Anugerah tersebut bertujuan menilai dan mengiktiraf sejauh mana organisasi berinteraksi dengan pekerja dan menunjukkan ciri-ciri Majikan Terbaik mereka.



Kincentric telah membuat penilaian ke atas AMP berdasarkan empat elemen berasaskan penyelidikan yang penting untuk meraih kejayaan iaitu penglibatan pekerja, ketangkasan organisasi, tumpuan bakat dan kepimpinan yang terlibat sama, kata AMP Singapura dalam kenyataannya kelmarin.



Mengulas tentang pencapaian itu, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid, berkata Pengiktirafan Khas ini amat dialu-alukan sedang mereka mengharungi cabaran dan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh pandemik ini.



"AMP percaya bahawa amalan pekerjaan yang baik adalah kunci kepada prestasi dan pengekalan pekerja yang lebih baik, yang sebaliknya akan memberi kesan langsung ke atas klien kami serta ruang perkhidmatan sosial.



"Memupuk budaya tempat kerja yang positif amat penting terutamanya pada masa kini dalam menangani isu organisasi yang kompleks dalam dunia yang tidak menentu, kompleks dan penuh dengan ketidakpastian, supaya kami kekal berkesan dan serba lengkap dalam memenuhi keperluan klien dan benefisiari kami.



"AMP memahami perlunya untuk memberi respons yang berkesan terhadap cabaran ini sambil memastikan kami masih memenuhi keperluan kakitangan dan klien kami," ujarnya.



Menurutnya, antara amalan yang berpusatkan pekerja dan kecemerlangan tempat kerja yang dilaksanakannya termasuk sikap tangkas dalam memberi respons yang berkesan apabila kegenjotan berlaku, serta usaha memenuhi keperluan pekerja dan klien seperti melaksanakan pelan kesinambungan perniagaan dan sesi penglibatan maya.



Ia juga menyediakan fleksibiliti tempat kerja hibrid dan kerja dari rumah bagi pekerjanya.



Peneraju Pasaran Kincentric Singapura, Encik Andrew How, berkata melalui anugerah itu, pihaknya mengenal pasti organisasi yang mempamerkan kecemerlangan di tempat kerja, dengan mencipta pengalaman pekerja yang berbeza, budaya tangkas dan inklusif yang membawa kepada hasil perniagaan yang lebih kukuh dan mampan.



"Pertubuhan luar biasa seperti AMP Singapura, terserlah kerana ia meraih hasil melalui penglibatan pekerja yang tinggi, kepimpinan yang terlibat sama, tumpuan bakat dan ketangkasan organisasi yang kukuh," katanya.




"AMP percaya bahawa amalan pekerjaan yang baik adalah kunci kepada prestasi dan pengekalan pekerja yang lebih baik, yang sebaliknya akan memberi kesan langsung ke atas klien kami serta ruang perkhidmatan sosial."
- Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >