Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP lantik tiga lembaga pengarah baru

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



PERTUBUHAN karyawan Islam, AMP Singapura, telah melantik tiga pengarah baru bagi membarisi Lembaga Pengarah (BOD) angkatannya.



Pelantikan ini dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30 yang diadakan semalam.



Tiga karyawan yang dilantik ialah:



  • Encik Mohamad Hairil Johari, 49 tahun, Pegawai Akademi Kanan, Akademi Guru Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan;

  • Encik Mohamed Nazzi Noor Mohamed Beck, 45 tahun, Ketua Serantau, Inisiatif Strategik, Perbankan Islam Kumpulan, CIMB Islamic Bank Berhad; dan,

  • Encik Mohamed Noordin Yusuff Marican, 43 tahun, Pengarah, Keselamatan Siber dan Teknologi Maklumat, Circles.Life Singapura.

Dalam kenyataannya semalam, AMP mengalu-alukan penyertaan mereka.



"Mereka dapat berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai bidang untuk membantu bimbing AMP dalam dunia kompleks yang pantas berubah.



"Mereka juga melambangkan prinsip kami sebagai "Karyawan bagi Masyarakat" dengan latar belakang mereka yang juga cemerlang dalam kerja kemasyarakatan.



"Pelantikan mereka akan memperkaya dan melengkapkan kemahiran Lembaga Pengarah yang sedia ada. Bersama-sama, kami akan melakarkan masa depan AMP berdasarkan nilai kami untuk memenuhi keperluan dan cabaran masyarakat kita secara khusus, dan Singapura secara amnya," kata Dr Md Badrun Nafis Saion, Pengerusi AMP Singapura.



Sebagai pengarah yang dilantik, mereka boleh berkhidmat dalam Lembaga Pengarah AMP selama maksimum enam tahun.



Selaras dengan itu, tiga pengarah paling lama berkhidmat, Encik Othman Marican, Encik Mohamad Azmi Muslimin dan Encik Muhamad Nazzim Muhamad Hussain berundur daripada Lembaga Pengarah AMP pada AGM semalam.



Mereka telah berkhidmat selama tempoh maksimum enam tahun sejak 2015.



Lembaga Pengarah AMP kini dianggotai 10 ahli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >