Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amtas, badan relevan akan lakar piawaian bagi umrah

DPPMS bentuk pasukan bertindak bagi lakarkan perjalanan selamat, Amtas tidak jangka umrah dapat diadakan baki tahun ini
Oct 25, 2020 | 05:30 AM



PERSATUAN Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) sedang bekerjasama dengan beberapa badan dan agensi pemerintah untuk melakarkan prosedur operasi piawaian (SOP) bagi jemaah Singapura untuk mematuhi norma baru dalam menunaikan ibadah umrah.



Presiden Amtas, Ustaz TM Fouzy TM Jumat berkata ia masih di peringkat perbincangan lagi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Amtas semalam.



Amtas sedang bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan kedutaan Arab Saudi bagi SOP itu.



Mengulas mengenai kerjasama itu, Presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata DPPMS telah membentuk satu pasukan bertindak dan bekerjasama dengan Amtas mengenai cara perjalanan ke Arab Saudi akan dapat dijalankan dengan selamat.



"Pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi melakarkan perancangan terperinci bagi ibadah umrah dijalankan dalam norma baru,'' kata Encik Farid, kepada Berita Minggu(BM).



Ia merupakan satu persediaan walaupun besar kemungkinan umrah tidak akan diadakan baki tahun ini, kata Setiausaha Amtas, Encik Shaik Dawood Mohd Yacob.



Ini walaupun Arab Saudi menyatakan umrah bagi jemaah antarabangsa akan sambung semula mulai 1 November nanti.



Encik Shaikh Dawood, yang juga pengurus haji dan umrah Hamidah Travel & Tours, menggalak jemaah Singapura agar tidak membuat sebarang komitmen dengan mana-mana pihak, agensi atau individu walaupun terdapat iklan dipasarkan bagi umrah hujung tahun.



Ini kerana umrah besar kemungkinan tidak diadakan dalam masa terdekat sehingga notis lanjut dari Arab Saudi.



"Saya khuatir keadaan menjadi huru-hara bagi para jemaah sekiranya rancangan itu dibatalkan lebih-lebih lagi apabila bayaran sudah dilakukan," ujarnya.



Menurut Encik Shaikh Dawood, proses untuk meluluskan ibadah umrah memakan masa yang lama.



Buat masa ini, mereka masih belum menerima sebarang maklumat daripada kerajaan Arab Saudi mengenai SOP yang perlu dipatuhi oleh jemaah antarabangsa.



"Sekiranya Arab Saudi sudah meluluskan umrah bagi warga Singapura, dan Singapura disenaraikan dalam negara yang boleh melakukan umrah, tidak semestinya warga Singapura boleh melakukan umrah. Kita pun perlu mendapat kelulusan daripada pemerintah Singapura," katanya.



Beliau menambah bahawa perlu bagi Amtas dan pihak relevan untuk menyelaraskan semua maklumat secara terperinci dan mendalam sebelum memulakan perjalanan umrah dan banyak perkara yang perlu dihalusi.



Buat masa ini, butiran mengenai perbincangan mereka masih belum boleh didedahkan.




Laporan lanjut : Amtas: Jemaah perlu sedia ibadah umrah tidak sama seperti dahulu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >