Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amtas nasihat ejen pelancongan tunda rancangan ke Baitulmakdis

Ejen pelancongan Muslim putuskan untuk batal atau tunda pakej lawatan ke Baitulmakdis
Oct 11, 2023 | 08:39 PM



Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, menasihatkan agar semua rancangan pelancongan ziarah ke Baitulmakdis yang dikendali ejen pelancongan di sini ditunda sedang konflik antara Israel dengan Palestin berterusan.

Beliau berkata pendirian Amtas sejajar dengan makluman terkini daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang menasihatkan agar rakyat Singapura mengelakkan perjalanan tidak penting ke Israel di tengah-tengah ketegangan itu.

Bercakap kepada Berita Harian, Ustaz Fouzy berkata Amtas telah memberitahu semua ahli persatuan itu supaya menunda pakej pelancongan merangkumi ziarah ke Baitulmakdis.


“Ini kerana kami tidak tahu keadaan sebenar di sana, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang mencemaskan sekarang,” tambah beliau, yang juga Pengarah Urusan, TM Fouzy Travel & Tours.

Ketegangan antara Israel dengan Palestin berlaku sejak serangan dilakukan oleh kumpulan Hamas dari Gaza di Palestin pada Sabtu.

Sejak itu kira-kira 1,000 orang di Israel dan lebih 900 orang di Palestin dilaporkan terbunuh.

Menyusuli perkembangan itu, MFA pada Ahad menasihatkan agar warga Singapura mengelakkan perjalanan ke wilayah Gaza, Tebing Barat wilayah Palestin dan sempadan Israel dengan Gaza, Lebanon dan Syria.

Pada Selasa, ia menasihatkan rakyat Singapura supaya membatalkan semua perjalanan tidak penting ke Israel dan mereka yang menetap di Israel dan wilayah Palestin dinasihatkan supaya meninggalkan negara itu secepat mungkin.

Warga turut dinasihatkan supaya mengelak tempat yang melihat perhimpunan orang ramai, seperti Kota Lama dan Baitulmakdis, termasuk kawasan Temple Mount atau Haram al-Sharif berdekatan Masjid Al-Aqsa.


Ejen-ejen pelancongan Muslim di sini turut memberi respons menyusuli perkembangan itu dengan memutuskan untuk membatalkan atau menunda pakej yang ditawarkan.

Pengarah Travelconnect.sg, Ustaz Nafis Rahman, berkata pihaknya akan membatalkan perjalanan ke Baitulmakdis dalam masa terdekat ini dan menyediakan destinasi alternatif sehingga keadaan lebih selamat.

Keputusan itu akan menjejas dua kumpulan jemaah yang sepatutnya berangkat pada Khamis melibatkan 29 orang dan pada 30 Oktober ini seramai 40 anggota jemaah.

Bagi kedua-dua kumpulan itu, syarikat tersebut telah menyediakan destinasi alternatif ke Istanbul.

Pengarah Urusan Thoha Travels & Tours, Ustaz Muhd Nazer Monet, juga berkata pihaknya sedang meninjau rancangan alternatif.

Sebanyak empat kumpulan merangkumi lebih 100 anggota jemaah secara keseluruhan dijadual berangkat pada 8, 17, 19 dan 26 November bagi pakej melibatkan lawatan ke Baitulmakdis sebelum melakukan umrah.

Pengurus besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, pula berkata beliau mengalu-alukan nasihat yang dikeluarkan MFA.

Satu rombongan dijadual berangkat untuk pakej lawatan Baitulmakdis dan Jordan seawal 25 November.

“Dengan nasihat MFA, kami perlu ambil perhatian terhadap ketegangan yang sedang berlaku di rantau itu kerana keadaan tidak menentu. Kami telah memberitahu jemaah bahawa ia bukan masa yang baik untuk ke sana.

“Dalam seminggu dua ini, jika keadaan tidak bertambah baik, kami akan batalkan rancangannya,” kata beliau.

Laporan lanjut di Muka 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >