Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan 38 jemaah S’pura ke Baitulmakdis terpaksa diubah demi keselamatan

Oct 11, 2023 | 06:33 PM



Rancangan melawat Baitulmakdis bagi sekumpulan 38 jemaah Hahnemann Travel & Tours, yang baru berangkat dari Singapura pada Rabu terpaksa dibatalkan akibat ketegangan berterusan antara Israel dengan Palestin.

Bercakap kepada Berita Harian tengah hari Rabu, pengurus Hahnemann, Ustaz Muhammad Ahmad, berkata pihaknya telah menggantikan rancangan ziarah ke kota suci itu – termasuk Masjid Al-Aqsa – dengan lawatan tempat bersejarah di Jordan dan Petra sebagai langkah berjaga-jaga.


Ini selepas kenyataan terkini dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa yang menasihatkan warga untuk membatalkan semua rancangan perjalanan tidak penting ke negara itu.

“Keselamatan jemaah adalah keutamaan kami,” kata Ustaz Muhammad Ahmad.

“Jadi kami akan langsung ke Jordan dan melawat tempat-tempat ziarah di situ,” tambahnya ketika ditemui di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.







Rombongan 38 jemaah itu merangkumi 36 dewasa berusia 20-an hingga 60-an tahun serta dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun. Juga terdapat dua pegawai dari ejen pelancongan tersebut.

Rancangan asal mereka adalah untuk pergi kota Baitulmakdis serta beberapa lokasi bersejarah di Israel selama tiga hari sejurus selepas mendarat di Amman, Jordan, menerusi sempadan darat.

Mereka kemudian dijadualkan kembali ke Jordan untuk berkunjung ke Petra sebelum berangkat ke Madinah pada hari kelima dan kemudian menjalankan umrah di Makkah pada hari ke-10 hingga 15.

Ustaz Muhammad berkata, apabila berita konflik antara Israel dengan Palestin diramal akan berpanjangan buat sementara ini, pihaknya telah menerapkan pelan kecemasan, iaitu untuk langsung pergi ke Madinah dan Makkah dan berangkat sekitar dua hari lebih lewat daripada jadual asal.

Namun atas sebab pilihan penerbangan yang terhad pada waktu suntuk sebelum berangkat, pihaknya memutuskan untuk teruskan rancangan mendarat di Jordan.

Selepas kenyataan terkini MFA itu dikeluarkan – yang menandakan keadaan lebih serius – Ustaz Muhammad berkata pihaknya telah membatalkan perjalanan ke Baitulmakdis.

“Jadi jemaah akan terus menetap di Jordan selama lima hari sebelum berangkat ke Arab Saudi,” tambahnya.

Bagi jemaah pula, rata-rata mereka reda menerima rancangan baru itu.







“Ini semua rezeki, walaupun sudah lama merancang, kami terima hakikatnya,” kata Cik Siti Nur Hafia Mustafa, ibu kepada dua kanak-kanak yang menyertai rombongan itu bersama suaminya.

“Sebagai seorang ibu, saya prihatin sangat dengan soal keselamatan keluarga dan anak-anak saya.

“Cuti ini sendiri termasuk menjalankan umrah sudah dianggap sebagai bonus bagi kami. Saya kira jalan-jalan di Jordan agak menarik juga,” tambahnya yang tidak pernah menziarahi rantau Timur Tengah sebelum ini.

Ketegangan terkini antara Israel dengan Palestin yang berterusan sejak Sabtu sehingga kini telah meragut ribuan nyawa.

Presiden Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, turut berkata, pihaknya telah menasihatkan semua ahli Amtas supaya mematuhi nasihat dari MFA dengan menunda semua rancangan melibatkan lawatan ke Baitulmakdis buat sementara waktu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >