Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Anak syurga' yang meninggal akibat Covid-19 selamat disemadi

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



ALLAHYARHAM Zaheer Raees Ali Basharath Ali tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang bayi yang sihat.



Namun, hanya beberapa hari selepas dijangkiti Covid-19, bayi berusia 18 bulan ini mengalami komplikasi yang meragut nyawanya.



Bapa Allahyarham, Encik Basharath Ali Ashraff Ali, 33 tahun, berkata pemergiannya anaknya itu berlaku dengan begitu cepat, seolah-olah ia satu mimpi buruk.



"Saya rasa tidak berdaya apabila kali pertama melihat tubuh anak saya yang layu - seolah-olah dia sudah tidak sedarkan diri setibanya di hospital," ujarnya menahan sebak, semasa ditemui Berita Harian (BH) di flatnya di Segar Road.



"Malah apabila pihak hospital beritahu saya yang anak saya sudah tiada lagi, tidak ada kata-kata yang dapat keluar dari bibir saya," tambah pengurus teknologi maklumat di sebuah syarikat berbilang negara itu.



Menurut Encik Basharath, beliau dan isterinya, Cik Septian Suci Rahayu Sartini, seorang suri rumah, telah mendapatkan suntikan penggalak sementara kededua anak mereka pula terlalu muda untuk mendapatkan vaksin Covid-19.



Cik Septian Suci Rahayu, 31 tahun, berkata mereka sekeluarga telah membuat ujian pantas antigen (ART), setelah beliau rasa kurang sihat pada 21 Jun lalu. Beliau dan Allahyarham Zaheer Raees Ali kemudian disahkan positif.



Keesokan paginya, keadaan anaknya itu "biasa-biasa sahaja" dan masih aktif bermain. Bagaimanapun, keadaan Allahyarham merosot dengan mendadak pada sebelah malam dan dia mula demam.



Ini membuat pasangan itu bergegas membawa anak mereka itu ke hospital.



"Sepanjang perjalanan arwah hanya menyebut car (kereta) dan kemudian dia mula menangis sayu, sambil dipujuk kami berdua.



"Itulah perkataan terakhir daripadanya," kata Encik Basharath Ali, yang juga turut dijangkiti Covid-19.



Di hospital, anaknya itu mula tidak sedarkan diri dan doktor menjalankan beberapa ujian ke atasnya.



Keadaan bagi pasangan itu menjadi semakin cemas apabila anak sulung mereka, Zayan Fawaz Ali, tiga tahun, pula dimasukkan hospital yang sama dua hari kemudian, juga setelah disahkan positif Covid-19. Namun, dia pulih sepenuhnya.



Pasangan itu menceritakan, doktor berkata Allahyarham cuba melawan sakitnya namun meninggal dunia kelmarin - hari yang sama anak sulung mereka menyambut ulang tahunnya yang ketiga.



Punca kematian Allahyarham ialah radang otak atau encefalitis menyusuli jangkitan Covid-19, serta jangkitan dua lagi virus - virus pernafasan 'synctial' dan enterovirus (virus dalam gastrousus).



Pemergian Allahyarham Zaheer Raees disahkan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai yang pertama bagi pesakit di bawah usia 12 tahun, berpunca daripada Covid-19.



"Arwah sepatutnya masuk ke tadika di kolong blok kami tahun depan, tapi kini tinggal abangnya sahaja yang akan ke tadika itu," ujar Cik Septian Suci Rahayu yang masih lagi menyusukan Zaheer Raees Ali sebelum dia meninggal dunia.



Awal sebelum itu, wartawan telah menyaksikan pengebumian Allahyarham Zaheer Raees dalam suasana penuh pilu di Pusara Aman yang dihadiri sekitar 20 anggota keluarga dan sahabat handai.



Anak sulung, Zayan Fawaz Ali, dan Cik Septian Suci Rahayu, dilihat menabur pacai di atas kubur Allahyarham, sementara Encik Basharath Ali cuba menahan sebak, sambil memegang nisan anak bongsunya itu.



Solat jenazah telah diadakan di Masjid Maarof di Jurong West Street 26.



Jiran pasangan itu yang hadir di Pusara Aman, Encik Hassan Mohd, 59 tahun, memberitahu wartawan bahawa Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan ceria dan sering memanggilnya dengan panggilan 'atuk'.



"Sedih sekali dengan pemergiannya, tapi inilah anak syurga," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >