Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak yang abai ibu bapa di rumah tumpangan bakal dipanggil bagi sesi berdamai

Ini antara perubahan disaran kepada Akta Penyaraan Ibu Bapa yang bolehkan orang tua buat tuntutan daripada anak yang mampu
Dec 27, 2022 | 05:30 AM



ANAK yang mampu menanggung ibu bapa tetapi membiarkan mereka hidup melarat di rumah kebajikan tidak lama lagi mungkin boleh dipanggil untuk menghadiri sesi pendamaian yang wajib.



Mereka boleh dicari dan dipanggil pesuruhjaya penyaraan ibu bapa yang berkuasa berbuat demikian tanpa permohonan rasmi ibu bapa untuk menuntut nafkah daripada anak mereka.



Langkah tersebut merupakan perubahan yang disarankan kepada Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA), yang membolehkan ibu bapa yang sudah tua dan memerlukan, serta tidak berdaya menyara diri, untuk menuntut penyaraan daripada anak yang mampu menanggung mereka tetapi tidak berbuat demikian.



Perubahan itu disasarkan kepada warga emas yang hidup melarat di rumah kebajikan dan mempunyai anak yang mampu untuk menanggung mereka.



Sekarang ini, pesuruhjaya itu mempunyai kuasa untuk mengenal pasti, mencari dan memanggil anak pemohon nafkah menghadiri sesi pendamaian, tetapi hanya boleh berbuat demikian setelah permohonan difailkan. Ramai warga emas yang keberatan menuntut nafkah kerana tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan dan ada juga kes di mana anak tidak dapat dicari, kata kumpulan kerja yang sedang menyemak MPA dan baru-baru ini membentangkan saranan mereka.



"Dalam kes seperti ini, tiada apa yang boleh dilakukan rumah kebajikan atau pihak berkuasa untuk mendapatkan anak itu memenuhi tanggungjawab kepada ibu bapa yang telah membesarkan dan menjaga mereka. Akibatnya, anak seperti itu membiarkan ibu bapa mereka dijaga oleh pemerintah walaupun anak itu mampu menanggung mereka," kata kumpulan kerja itu.



Ketua Rumah Perkumpulan Warga Emas Pertapis, Cik Nur Raudhah Zainuldin, berkata sekitar 10 daripada 40 penghuni rumah kebajikan itu mempunyai anak dan menganggarkan seramai 95 peratus penghuni itu tidak menerima sokongan nafkah daripada anak mereka.



"Menerusi sesi interaksi kami dengan penduduk ini, mereka berulang kali mengatakan mereka faham jika anak mereka tidak dapat memberikan sokongan kewangan dan telah menerima hakikat ini.



"Penduduk ini juga mengatakan mereka sudah pun menerima keperluan asas di rumah kebajikan itu dan tidak melihat keterdesakan untuk tampil (menuntut nafkah)," kata Cik Nur Raudhah.



Kata kumpulan itu lagi, perubahan yang disarankan itu akan membolehkan pesuruhjaya mendengar dari pihak anak, memahami keadaan keluarga dengan lebih baik serta menyokong keluarga itu menjalani pendamaian, jika sesuai.



Langkah itu juga bertujuan memberi isyarat jelas bahawa anak yang mampu dari segi kewangan harus menanggung ibu bapa yang telah menjaga mereka secara bertanggungjawab dahulu, kata kumpulan itu. Kumpulan kerja itu diterajui Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade Encik Seah Kian Peng, serta lapan AP lain termasuk Encik Murali Pillai (Bukit Batok) dan Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade).



Kumpulan itu merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang Pindaan akta itu tahun depan.




“...tiada apa yang boleh dilakukan rumah kebajikan atau pihak berkuasa untuk mendapatkan anak itu memenuhi tanggungjawab kepada ibu bapa yang telah membesarkan dan menjaga mereka. Akibatnya, anak seperti itu membiarkan ibu bapa mereka dijaga oleh pemerintah walaupun anak itu mampu menanggung mereka.”
– Kumpulan kerja yang sedang menyemak Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA) mengenai situasi sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >