Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota bomba cedera dalam kebakaran Woodlands

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA bomba mengambil masa tiga jam untuk memadamkan satu kebakaran di sebuah taman perindustrian di Woodlands pagi semalam, yang mencederakan seorang daripada mereka.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata di Facebook ia dimaklumkan mengenai kebakaran di No 66 Woodlands Industrial Park itu sekitar 8.40 pagi.



Kebakaran melibatkan longgokan besar sisa kitar semula berukuran sekitar 100 meter kali 100 meter, dan setinggi lapan meter.



Sebanyak 10 kenderaan kecemasan dan sekitar 70 anggota bomba dikerahkan.



Pada kemuncak operasi memadam api, dua jet buih, dua jet air dan sebuah mesin pemadam kebakaran tanpa pemandu digunakan, kata SCDF.



Anggota bomba kemudian membasahkan permukaan yang terbakar untuk mencegah api menyala semula.



Seorang anggota bomba cedera di lengan semasa operasi itu dan dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat selepas beliau dinilai oleh seorang paramedik SCDF.



Sekitar 25 pekerja keluar dari unit itu sebelum pegawai SCDF tiba.



Sebagai langkah keselamatan, polis dan SCDF memindahkan sekitar 90 orang dari premis berdekatan.



Difahamkan bahawa unit yang terbakar milik dua syarikat - pengeluar produk plastik Green Recycling dan kontraktor ubah suai Yong Seong Transport and Cleaning Services.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >