PARA Anggota Parlimen (AP) turut berdukacita dengan pemergian Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew.
Mereka menyampaikan salam takziah dan ucapan kepada keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerusi laman Facebook.
Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Singapura berkabung hari ini.
Rakyat Singapura terhutang dan berterima kasih selamanya kepada Encik Lee.
Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad turut melahirkan rasa sedihnya dengan pemergian mendian Lee.
Katanya, Encik Lee adalah seorang yang telah banyak berdedikasi semasa hidupnya demi negara dan rakyat.
Beliau turut bangga dapat berkhidmat di bawah pimpinannya.