Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angkatan laut S'pura, China bakal adakan latihan maritim

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



ANGKATAN Laut Singapura (RSN) dan China akan mengadakan latihan bersama pada April selepas ia dihentikan akibat daripada pandemik Covid-19.



Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Isnin berkata bahawa Latihan Bersama Maritim - yang merupakan latihan maritim utama oleh kededua negara - akan berlangsung mulai 28 April sehingga 1 Mei.



Edisi pertama latihan itu diadakan di Singapura pada 2015, selama empat hari dan melibatkan tiga kapal.



Latihan tahun ini kan melibatkan empat kapal: kapal frigat RSS Intrepid dan kapal kelas Bedok menentang periuk api RSS Punggol, serta frigat kelas Jiangkai II, CNS Yulin dan kelas Wozang membersih periuk api CNS Chibi.



Awal pada Isnin, Kementerian Pertahanan China berkata dua kapal Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) akan berada di Singapura untuk mengambil bahagian dalam latihan itu, yang akan terdiri daripada kededua komponen darat dan di laut.



Kededua kementerian tidak memberi perincian di mana latihan itu akan berlangsung, akhbar The Straits Times.



Delegasi tentera laut China akan menghadiri satu acara angkatan laut dan pertahanan maritim dwitahunan, Imdex Asia, yang akan berlangsung di Pusat Pameran Changi di Singapura bermula 3 hingga 5 Mei.



Dalam kenyataannya, Mindef berkata RSN menjalankan latihan dua hala dan berbilang hala yang kerap dengan angkatan laut asing sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meluaskan sikap saling percaya serta kerjasama dengan negara lain.



Latihan dengan China itu membuktikan hubungan pertahanan dua hala yang hangat dan mesra antara kededua negara, kata kementerian itu.



Ia juga meluaskan sikap saling percaya, pemahaman dan hubungan antara rakyat dalam angkatan bersenjatanya.



Penyambungan semula latihan itu pada 2023 dipersetujui Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, serta rakannya, Jeneral Wei Fenghe, semasa satu mesyuarat di Xi'an, China pada November 2022.



Kerjasama pertahanan antara Singapura dengan China didorong pada 2019 di bawah Perjanjian Pertukaran Pertahanan dan Kerjasama Keselamatan.



Kededua negara bersetuju mempertingkat Latihan Kerjasama Maritim serta Latihan Kerjasama antara tentera yang kali terakhir berlangsung pada 2019.



Angkatan-angkatan laut itu mengadakan latihan berskala kecil pada 2021 di perairan antarabangsa di hujung selatan Laut China Selatan.



Ia telah melibatkan operasi komunikasi, pergerakan berformasi dan operasi pencarian serta menyelamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >