Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara penderaan yang kian dialami golongan emas: Pekerja sosial

Aug 04, 2023 | 02:39 PM



Apabila tidak dapat wang yang diinginkan ataupun permintaan mereka tidak dipenuhi, anak-anak yang sudahpun menjangkau dewasa akan berpaling kepada ibu bapa mereka dan menyalahkan mereka atas segala perkara buruk yang berlaku.

Sikap menyalahkan orang lain, terutama dalam kes penderaan kebergantungan dewasa (AED) adalah perkara biasa, kata Cik Wong Siong Yee, seorang pekerja sosial di Care Corner Project StART.

AED merupakan antara penderaan yang kini dialami golongan warga emas.

Contoh kes sedemikian ialah seorang lelaki berusia 30-an tahun yang enggan bekerja, dan kerap meminta $10 hingga $20 sehari daripada ibu bapanya yang sudah tua untuk membeli makanan dan rokok.

Bapanya sudah bersara, manakala ibunya yang berusia 70-an tahun terpaksa bekerja sebagai pekerja pembersihan untuk menyara anak tunggal mereka itu.

Dalam pada itu, beliau sering menyalahkan ibu bapanya atas beberapa siri kegagalan dalam dirinya, seperti tidak dapat menghantarnya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran selepas beliau tamat pendidikan menengah di sini.

Beliau sering menyuruh ibu bapanya melakukan pelbagai perkara, seperti membeli makanan atau rokok, walau di tengah malam.

Apabila permintaannya tidak dipenuhi, beliau menjadi agresif dan memecahkan barang-barang di rumah.

Seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tahun turut menyalahkan ibunya di atas zaman kanak-kanaknya yang penuh cabaran, selepas ibunya bercerai.

Lelaki itu memukul ibunya setiap kali beliau tidak memenuhi kehendak atau arahannya, seperti menjaga haiwan peliharaannya.

Kejadian memukul itu menjadi kerap – beberapa kali seminggu. Lelaki itu juga pernah mencekik dan juga mengancam mahu membunuh ibunya.

Cik Wong berkongsi bahawa walaupun sesetengah kes AED melibatkan penderaan fizikal, ibu bapa juga mengalami penderaan emosi daripada tuduhan berterusan yang terus dilontarkan anak mereka.

“Sebahagian besar mangsa mungkin akan berasa penderaan emosi daripada kelakuan anak mereka ini.

“Selalunya, anak itu akan bising, seperti memarahi ibu bapanya, mengatakan mereka tidak berguna dan sebagainya.

“Anak yang sudah dewasa seperti itu cenderung menyalahkan mereka kerana rasa tidak bahagia di zaman kanak-kanak atau atas didikan yang tidak sempurna, hingga menyebabkan mereka menjadi sebegitu.

“Ini menambahkan lagi perasaan rasa serba salah oleh ibu bapa apabila terpaksa menghadapi situasi sedemikian,” kata Cik Wong.

Beliau menambah bahawa sesetengah ibu bapa gagal menyedari ini sebagai satu bentuk penderaan yang dilakukan oleh orang terdekat dan tersayang.

Dalam membantu mangsa, Cik Wong berkata pekerja sosial akan lebih dahulu memahami situasi dan membantu melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan serta kemahiran dalam menangani masalah mereka.

“Kami mempunyai matlamat yang sama seperti mereka. Kami mahu anak mereka belajar hidup berdikari.

“Setelah kami dapat menangani kebimbangan keselamatan, kami akan berkongsi beberapa cara bagaimana kedua-dua ibu bapa dan anak boleh saling memahami hubungan mereka,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >