Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOAL-JAWAB

Antara soalan yang sering ditanya berkaitan halal

Dec 15, 2019 | 05:30 AM



SOALAN: Syarikat saya mengadakan jamuan tengah hari di kedai makan tidak halal. Bolehkah saya sertai rakan kerja saya?



JAWAPAN: Orang Islam dibenarkan menghadiri atau menyertai undangan teman mereka yang berlainan agama selagi ia tidak memerlukan mereka menyertai sebarang amalan agama atau tindakan yang menyalahi ajaran Islam.



Adalah penting kita tidak mengecualikan diri daripada perhimpunan sedemikian atas semangat keakraban dan sebagai sebahagian pasukan lebih besar.



Jika seseorang itu diberi pilihan untuk memilih tempat makan itu, maka mereka harus memilih pilihan yang bersijil halal.



Namun bagi mereka yang tidak ada pilihan... apabila makan di kedai tidak halal, mereka boleh mengikut tip berikut:



- Pilih pilihan makanan laut atau sayuran



- Minta agar lemak haiwan dan alkohol tidak digunakan dalam masakan



Sekiranya tidak selesa, mereka boleh memilih untuk meminum minuman yang halal sahaja.



SOALAN: Adakah renet yang digunakan untuk membuat keju halal?



JAWAPAN: Secara umumnya, status halal sesuatu produk makanan itu ditentukan oleh bahannya dan proses untuk menyiapkan, membuat, menyimpan dan mengedarkannya.



Produk yang benar-benar halal harus bebas daripada bahan yang tidak halal. Produk makanan itu juga tidak boleh dicemari barangan yang tidak halal semasa proses menyiapkan, menghasilkan, menyimpan dan mengedarkannya.



Hal ini sama bagi renet yang biasanya digunakan untuk membuat keju. Keju yang diperbuat daripada enzim renet halal sekiranya anak lembu itu disembelih menurut lunas Islam.



Oleh itu, keju itu dianggap tidak halal jika ia diperbuat daripada enzim renet daripada sumber tidak halal.



SOALAN: Mengapakah sesetengah bahan disifatkan sebagai syubhah (meragukan)?



JAWAPAN: Bahan itu dianggap meragukan jika seseorang itu tidak pasti akan status halalnya serta asal-usulnya.



  • Sumber: Laman web Muslim.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >