Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Anugerah Duta Budaya bagi iktiraf peranan perkaya unsur ekonomi Kg Glam

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



USAHA gigih individu atau sekumpulan individu yang menggalak budaya atau tradisi yang memperkukuh dan memperbaiki daya tarikan Kampong Glam sebagai lokasi bersejarah unik akan diiktiraf Kelab Rotary Kampong Gelam (RCKG) hari ini.



Individu berkenaan yang menjalankan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman itu dipilih sebagai Duta Budaya dalam inisiatif baru RCKG yang bakal diumumkan dalam satu acara makan tengah hari di Hotel Grand Hyatt.



Pemilihan Duta Budaya ini disejajarkan dengan langkah pemerintah memacu usaha mempertingkat imej Kampong Glam sebagai hab daya tarikan pelancong.



Setiap tahun, RCKG merancang memilih duta ikonik daripada sektor berbeza yang telah banyak menyumbang kepada kawasan Kampong Glam dan boleh dijadikan teladan.



Duta Budaya yang pertama ini akan menerima anugerahnya daripada tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hari ini.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai anugerah ini dalam satu wawancara Zoom, Presiden Pengasas RCKG, Tengku Sri Indra Ismail, berkata:



"Anugerah ini adalah pengiktirafan khas buat penerima yang menampilkan kecemerlangan dalam kegiatan ekonomi yang menggambarkan unsur kebudayaan yang tersendiri di Kampong Glam.



"Jika tahun ini pemenangnya daripada sektor makanan dan minuman, tahun depan mungkin kami akan meninjau sektor lain pula seperti minyak wangi atau rempah ratus.



"Kami akan menawarkan keanggotaan kehormat buat Duta Budaya ini untuk menjalankan kerjasama lanjutan dan melihat cara bagaimana mereka boleh sama-sama menyokong usaha kemasyarakatan kami."



Presiden RCKG yang dilantik hari ini bagi tempoh setahun, Cik Faridah Jamal, pula menambah:



"Hasil tinjauan kami ke beberapa usaha niaga di Kampong Glam, kami temui dan sanjungi usaha gigih mereka yang bertahan lebih 40 atau 50 tahun dalam perniagaan.



"Kami kagum dengan cara si penerima ini mengharungi tempoh sukar Covid-19 tanpa perlu memberhentikan pekerja.



"Tenaga muda yang meluap-luap dalam diri usahawan wanita ini cukup memberangsangkan. Kami lihat bagaimana beliau dan pasukannya terlibat dalam kerja kemasyarakatan bagi mendekati orang ramai, misalnya dengan memberi makanan percuma kepada pelajar madrasah."



Penerima Anugerah Duta Budaya ini hanya akan diketahui selepas acara makan tengah hari diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >