Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Merit Jururawat hargai dedikasi karyawan kesihatan lebih tiga dekad

Aug 03, 2023 | 01:51 PM



Melalui pengalaman sebanyak 32 tahun sebagai seorang jururawat, Cik Fatimah Abdul Rahman, 50 tahun, telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam sektor kesihatan.

Mengimbas perjalanan kerjayanya sepanjang tempoh itu, Cik Fatimah berkata, beliau tidak menyesali keputusannya untuk menceburi bidang tersebut.

Sebagai ketua jururawat berdaftar, karyawan berkaca mata itu perlu bekerjasama dengan jururawat lain untuk menjaga pesakit.

Mereka turut mengesan tanda awal penyakit yang dialami pesakit di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Universiti Nasional (NUH).

Usahanya diiktiraf baru-baru ini apabila beliau menerima Anugerah Merit Jururawat di NUH.

Seramai 11 jururawat diberikan pengiktirafan tersebut bagi prestasi cemerlang mereka.

“Saya sangat gembira diberi Anugerah Merit Jururawat. Setelah lebih 30 tahun saya mendapat penghargaan ini. Saya rasa amat dihargai,” kata Cik Fatimah.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang itu, beliau sering meningkatkan diri dengan menghadiri kursus latihan dalaman dan luaran.

Berkongsi tentang pengalamannya bekerja di ICU, Cik Fatimah berkata:

“Saya ditugaskan menjaga pesakit yang di dalam keadaan agak merisaukan. Ia penting untuk saya sebagai seorang jururawat untuk memberi tumpuan rapi dan teliti dalam cara penjagaan saya agar dapat membantu pesakit dengan cara yang terbaik.

“Ada pesakit yang perlu masuk tiub, ada yang tidak boleh bergerak atau berfungsi secara normal dan kerana itu kami harus berjaga-jaga dan lakukan tugas dengan amanah dan dengan baik,” kata Cik Fatimah, ibu tiga anak berusia 18, 19 dan 20 tahun, yang kesemuanya tidak mengikuti jejak ibu.

Menurut Cik Fatimah, anak sulungnya, perempuan, kini bertugas sebagai guru tadika; manakala anak kedua, lelaki, mengikuti bidang mekatronik dan robotik di ITE Kolej West; dan yang bongsu, perempuan, kini menuntut di Politeknik Republik dalam bidang sains farmaseutikal.

Bagi Cik Fatimah, minatnya dalam bidang kejururawatan berputik selepas menyertai kumpulan seragam St John’s Ambulance di sekolah menengah.

Minatnya untuk membantu masyarakat sejak muda juga menyaksikan Cik Fatimah sering ke Hospital Alexandra semasa cuti sekolah untuk melakukan kerja sukarela.

Semasa di sana, Cik Fatimah sedar bahawa ramai orang yang memerlukan bantuan. Ini membuatkannya bertekad untuk menceburi bidang kejururawatan agar dapat membantu lebih ramai orang.

Malah, pekerjaan pertama beliau sebagai seorang jururawat itu kekal sehingga sekarang.

“Saya cinta kerjaya saya dan sering berkongsi bersama ahli keluarga tentang kisah-kisah yang saya alami di hospital.

Seorang abang ipar dan anak saudara saya juga menjadi jururawat selepas mereka meminta nasihat dan berbual bersama saya.

“Sekarang sudah ada pelbagai jenis kemudahan. Dari telekomunikasi ke mesin-mesin baru yang memudahkan kerja jururawat, sudah ada banyak perbezaan berbanding tahun-tahun dahulu.

“Tetapi kerja mana yang semuanya mudah. Mustahil ada kerja yang tiada cabaran di luar sana. Kerja sebagai jururawat ini ada cabaran tersendiri.

“Adakalanya seorang pesakit itu degil dan ada ahli keluarga yang tidak bertimbang rasa. Ada juga cabaran yang amat menghampakan seperti kematian seorang pesakit yang dibawah jagaan saya. Namun, cabaran ini semua dapat diatasi dengan cara pemikiran yang positif.

“Rakan sekerja yang memberi semangat dan sering bergurau senda membuat kerja harian itu kurang mencabar. Apabila seorang pesakit di bawah jagaan saya pulih dengan baik, ia juga amat memberangsangkan. Perkara seperti ini hanya dapat dialami seorang jururawat,” katanya.

Apabila ditanya tentang pesanan yang ingin beliau sampaikan kepada mereka yang enggan atau tidak pasti tentang kerjaya sebagai seorang jururawat, Cik Fatimah berkata:

”Kerjaya sebagai seorang jururawat ini mendidik seseorang insan untuk ada sifat belas kasihan dan untuk tidak mementingkan diri sendiri. Daftarkan diri dan insya-Allah pada masa akan datang akan menjadi yang paling diingati.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >