Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP gesa pekerja setempat terus disokong harungi pandemik

Saran luaskan Model Gaji Progresif, pertingkat bayaran Tambahan Pendapatan Daya Kerja semasa perbahasan Belanjawan
Feb 25, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) semalam menggesa pemerintah untuk terus memperkukuh dan melindungi pekerja setempat sedang negara ini berusaha untuk bangkit daripada pandemik Covid-19.



Mereka turut menyarankan lebih sokongan bagi pelbagai golongan termasuk pekerja bergaji rendah, antaranya dengan meluaskan Model Gaji Progresif (PWM) untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pekerjak.



Lebih 25 AP menyertai hari pertama perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam.



Dalam ucapannya, Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Dr Koh Poh Koon, menyentuh tentang usaha untuk meningkatkan gaji pekerja berpendapatan rendah menerusi PWM.



Beliau mengusulkan penggunaan PWM bagi merapatkan jurang gaji mereka yang berada di tahap 20 peratus paling rendah (persentil ke-20 atau P20) dan gaji median (persentil ke-50 atau P50).



"Jurang gaji antara P20 dan P50 mesti dirapatkan agar perbezaan gaji dan stratifikasi sosial tidak terlalu menonjol dan membawa kepada perpecahan sosial," kata Dr Koh, yang juga Menteri Negara Kanan (Kesihatan).



Katanya lagi, NTUC ingin mempercepat pelaksanaan dan peluasan PWM kepada enam lagi sektor - pengurusan sisa, perkhidmatan makanan, runcit, pengurusan strata, pengurusan haiwan perosak dan teknologi suria.



Beliau turut menyarankan PWM diperluas bagi pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan yang digajikan secara langsung oleh syarikat.



Buat masa ini, PWM merangkumi pekerja tersebut dalam sektor yang disumber luar.



Seorang lagi AP gerakan buruh, Encik Mohd Fahmi Aliman, pula mencadangkan agar pembayaran Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang lebih tinggi diberikan kepada pekerja dalam perkhidmatan penting.



Beliau berkata langkah ini adalah untuk mengiktiraf nilai sosial dan kesulitan yang dihadapi pekerja, terutama dalam sektor pembersihan dan keselamatan, ketika melaksanakan tugas mereka.



"Ketika kita menyesuaikan diri dengan norma baru, wira harian ini tetap melaksanakan tugas mereka walaupun berdepan risiko kesihatan, di samping melakukan kerja pembersihan tambahan seperti menyahjangkit permukaan yang sering disentuh serta menjalankan pemeriksaan suhu supaya kita dapat meneruskan kehidupan dengan selamat," kata Encik Fahmi (GRC Marine Parade).



Ketua pembangkang, Encik Pritam Singh, pula berucap tentang cabaran yang dihadapi pekerja setempat dari segi persaingan oleh pekerja asing, dan usaha untuk mengasah bakat di Singapura.



Beliau prihatin tentang sambutan Program Pindahan Keupayaan (CTP) yang menyokong pemindahan kemahiran dari bakat asing kepada pekerja setempat.



Sehingga akhir 2020, lebih 140 syarikat dan lebih 970 pekerja setempat telah dapat atau dijangka meraih manfaat daripada 40 projek di bawah program itu.



"Memandangkan ada beberapa sektor yang benar-benar memerlukan pemindahan bakat kepada warga Singapura - seperti sektor IT di mana majikan selalu mengadu kurang bakat Singapura - saya menjangkakan lebih ramai Singapura yang ingin meningkatkan prospek mereka menerusi CTP," ujar Encik Pritam (GRC Aljunied).



Beliau juga menggesa agar keberkesanan pelbagai program yang diperkenalkan pemerintah diteliti untuk memastikan dana digunakan dengan baik.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah mengumumkan dalam Belanjawannya minggu lalu bahawa CTP akan dilanjutkan sehingga akhir September 2024.



Encik Heng dijangka memberi respons kepada pelbagai saranan dan keprihatinan yang ditimbulkan AP di akhir perbahasan itu.



Pelbagai isu lain yang ditimbulkan AP semalam termasuk penggunaan rizab negara, kenaikan harga petrol, serta peluang bagi perniagaan dalam ekonomi hijau.



Perbahasan diteruskan hari ini.



DARI PARLIMENT:



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >